“Saya tak fikir pun boleh buat Wakaf macam ni”- Netizen puji Abby Abadi

Dalam Islam, amalan bersedekah itu amat digalakkan supaya pahala amalan tersebut terus mengalir walaupun kita sudah mngal dunia. Pahala yang dikumpul pastinya akan membantu kita di alam seterusnya kelak. Kita kebiasaan mendengar orang melakukan amal jariah kepada sekolah-sekolah agama dan tahfiz dan selain itu mewakafkan tanah untuk tanah perkuburan islam.Tetapi apa salahnya buat membuat kelainan dalam berwakaf asalkan ianya memberi manfaat kepada masyarakat.

Perkara ini boleh dilihat dari tindakan Abby Abadi bersama pas4ngannya, Jai Ezzany memberi 2 buah peti sejuk beku kepada N1CU Hspital Sungai Buloh bagi memudahkan ibu-ibu yang mempunyai bayi pra-matang menyimpan stok susu badan untuk menyusukan bayi mereka.

Alhamdullillah Syukur (25/10/19)
Rezeki ALLAH dikongsi bersama

Minggu ni tak sempat nk belanja makan pada staffnurse & doc2 HSB yg rajin melayan kami & mnjaga baik anak kami N1CU … jadi kami Sy, suami jaiezzany & anak2 danishhakimofficial marissadaniaaaa_ m_danishaa danish_edry daiyandayana semua belanja 2 freezer utk N1CU ni bagi menampung susu badan ibu2 yg pam kan susu utk baby2 mereka disini termasuklah Sy

YAKIN DENGAN JANJI ALLAH
Apa sahaja yg diniatkan kerana ALLAH, jangan teragak2. Bagi je.. yakin ALLAH akan ganti semula

Yerrr.. itulah yg sedang kami sekeluarga usahakan kerana kami sangat yakin dgn janji ALLAH, apa yg kita sedekahkan sewaktu hidup di dunia.. itulah harta kita di akhirat “sana”.

Bila kita mulakan amalan baik ini yang jarang dibuat org, kemudian diikuti pula oleh pihak lain akan mendapat pahala yang melimpah-ruah sebagaimana disebut dalam hadis bernombor 1893 Riwayat Mslim, “Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.”

Hidup jangan berkira dgn ALLAH & hidup biar bermanfaat utk org lain. Semoga ALLAH redha… Aminnn
Ps: Terus doakan Baby Muhammad Danial Firman Faizal kami & anak2 pramatang yg lain di N1CU agar terus kuat & bertahan sampai berjaya balik rumah masing2 & membesar menjadi Hamba ALLAH dan Umat Muhammad yg beriman, Aminnn” kata Abby Abadi dalam laman instagramnya.

Para netizen sangat memuji sikap Abby dan suami yang mempunyai niat untuk memudahkan urusan masyarakat. Ada juga yang tidak menyangka boleh berwakaf dengan memberi peti sejuk pada pihak hspital.

Sememangnya sikap Abby dan suami harus dicontohi. Apa yang penting, wakaf yang dilakukan itu haruslah memberi manfaat kepada masyarakat supaya ia akan berpanjangan manfaat kita dunia akhirat.

Sumber : Ig Abby Abadi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*