“Saya tag bapak saya lah, bapak sy single skrg” – Netizen

Sudah agak lama rasanya sejak Dato Vida bergelar ibu tunggal. Dato Vida sebelum ini berpisah dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin sekitar tahun 2017 setelah tidak lagi menjadi penaja program hiburan popular Gegarvaganza. Dalam kenyataan ringkas beliau kepada media ketika ditanya mengenai punca percraian, Dato Vida hanya menjawab bahawa beliau dan suami tidak lagi mempunyai persefahaman.

Percraian yang berlaku sekitar tahun 2017 itu merupakan percraian ketiga beliau dan setelah hampir 4 tahun mungkin Dato Vida sudah mula terfikir untuk mencari peneman hidup kerana anak-anak sudah semakin membesar.

Baru-baru ini bekas suami pertama Dato Vida telah muncul membuat tuntutan terhadap hak penjagaan anak-anak. Bagaimanapun k3s tersebut telah selesai apabila Dato Vida memenangi k3s tersebut apabila hak penjagaan Cik B dan Kacak berpihak kepada beliau.

Dato Vida mengucapkan rasa penuh kesyukuran kerana k3s tersebut berakhir dengan baik apabila anak-anak sendiri memilih untuk tinggal bersama beliau.

Namun begitu k3s tidak terhenti disitu apabila bekas suaminya itu berhasrat untuk menuntut harta sepencarian dan juga insuran arwh anak-anak mereka pula.

Mungkin terkesan dengan isu yg membabitkan bapa mereka, Kacak masih belum boleh menerima sekiranya ibu mereka mempunyai bakal suami baru selepas ini.

Sebagai remaja yang semakin meningkat dewasa Cik B dan Kacak sudah bijak berfikir dan membuat penilaian terhadap perkara yang berlaku disekeliling mereka.

Tidak ketinggalan untuk mengikuti trend semasa untuk turut serta membuat tiktok challenge ThisorThat yang sedang hangat di lakukan oleh warga maya, Dato Vida memuatnaik video tiktok beliau melakukan thisorthat challenge bersama anaknya Kacak di perkongsian terkini instagram beliau.

Memilih untuk membuat tiktok beberapa kriteria idaman yang diletakkan sebagai calon suami beliau, reaksi wajah Kacak mencuri tumpuan para netizen kerana Kacak tanpa berselindung kelihatan seolah tidak merestui dan memilih untuk tidak melayankan kerenah ibunya itu.

Semasa Dato Vida teruja untuk memilih kriteria yang menjadi idaman kalbu, Kacak pula bersikap sebaliknya apabila menarik tangan ibunya dan tidak membenarkan ibunya itu membuat pilihan.

Di caption video tersebut Dato Vida juga meminta supaya para netizen untuk “tag” seseorang yang bersesuaian menjadi pasngan beliau.

Para pengikut Instagram Dato Vida terhibur dengan gelagat Dato Vida dan masing-masing turut menyarankan nama seseorang sebagai calon yang sesuai untuk menjadi bakal suami Dato Vida. Berikut dikongsikan beberapa komen Netizen terhadap reaksi Kacak.

“Ank2 cm x sggup je tu..kiki” – Netizen

“alahai…comel je 2 beranak ni..” – Netizen

“Dato kawinlah ngan org Sabah” – Netizen

“kacak muka tak rela” – Netizen

“Masi awat bh DSV….smoga berjumpa jodoh yg baik budi pekerti ” – Netizen

“Kacak stress” – Netizen

“Hahaha kacak give up” – Netizen

“Hahahahaha comelnya laaa.. kacak redha je. Kalau ada cikb tu mmg mama xleh buat apa dua2 tarik xbg pilih dah” – Netizen

“Kacak xnk daddy…comel dsv n kacak” – Netizen

Dato Vida dah mula terbuka menyuarakan hasrat untuk mencari calon suami. Adakah Dato Vida sengaja memberi bayangan bahawa beliau sedang dalam proses mengenali hati budi seseorang?

Jika benar, mudah-mudahan urusan Dato Vida dipermudah supaya kali ini beliau bertemu jodoh yang benar-benar sesuai dengan dirinya dan tidak memandang harta semata-mata.

Sumber: ig datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*