“Saya pernah beli awak jual kt pasar malam awok” – Netizen

Sebut sahaja bidang perniagaan, sudah ramai yang melibatkan diri dalam bidang ini. Tidak kira dari segi perniagaan seperti makanan, pakaian dan sebagainya, suka duka dalam berniaga adalah sesuatu yang cukup mencabar buat para usahawan. Dari awal memulakan perniagaan, kita sebagai peniaga perlu berjiwa kental untuk harungi cabaran. Bukan mudah nak senang kan…

Seperti contoh usahawan terkenal iaitu Dato Aliff Syukri yang popular dengan produk berjenama D’Herbs telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak 15 tahun lalu.

Bersusah payah beliau menaikkan jenama produk perniagaannya kerana Aliff Syukri antara usahawan yang bermula dari bawah hinggalah berjaya bergelar jutawan.

Bermula dengan kisah kehidupannya yang hanya berniaga di pasar tani dahulunya kini telah mempunyai wisma miliknya sendiri. Tak dinafikan, Aliff Syukri antara usahawan yang berjaya di Malaysia dan perniagaannya mampu bertahan sehingga ke hari ini

Menerusi posting video yang dimuatnaik Aliff Syukri di Instagram, beliau mengimbau kembali kenangannya ketika awal berniaga dan titip penghargaan buat wanita yang sentiasa bersamanya ketika susah senang iaitu Datin Shahida.

Aliff Syukri turut berkongsi kisahnya menerusi kapsyen yang ditulis. Beliau turut berkongsi kata-kata semangat buat usahawan di luar sana untuk terus kekal semangat untuk meneruskan perniagaan dan tabah mengharungi pelbagai dugaan.

Sementara itu, video Aliff Syukri itu telah menerima 400,000 tontonan dan 370 komen daripada netizen.

Rata-rata netizen turut berbangga dengan pencapaian yang dimiliki Aliff Syukri sepanjang beliau aktif meneruskan legasinya.

Selain Aliff Syukri, ibunya iaitu Bonda Rozita dan kakak beliau iaitu Yatie Kamarzaman turut meneruskan legasi perniagaan mereka. Betul-betul murah reseki mereka sekeliarga hasil berkat bekerja keras dalam berniaga.

Alhamdulillah rezeki yang melimpah ruah buat Dato Aliff Syukri sekeluarga. Suka betul tengok Dato Aliff Syukri yang sekarang, cukup bermotivasi dan beri manfaat pada yang lain.

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!