“Saya keliru yang mana satu Fasha, yang baju hitam ke baju biru” – Netizen

Ikatan silaturahim antara adik-beradik ni sememangnya satu perkara yang sangat indah dalam kehidupan sebuah keluarga. Walaupun semalam baru je lepas bergduh dengan adik beradik yang lain namun keesokan harinya dah berbaik baik seperti sedia kala. Benarlah peribahasa melayu yang mengatakan “air dicincang tidak akan puutus”. Tali ikatan antara adik beradik ni merupakan berkat yang tidak ternilai dalam kehidupan setiap insan yang mempunyai kakak, abang ataupun adik. Tapi kadang kala, ada sahaja sikap adik beradik kita yang lain tu adakalanya membuatkan kita menjadi sangat geram.

Kalau sedang bergduh tu, memang rasa-rasanya macam nak terkam je adik kakak abang kita tu kan? Perkara normal lah tu, gduh-gduh manja sambil bertarik-tarik rambut gitu. Ahahaha. Okay, dah habis dah introduction.

Sekarang min nak cerita pasal kakak Fasha Sandha yang baru-baru ni menyambut hari jadinya yang simple tapi bahagia je min nampak. Aduhai..cantik benar kakak Fasha ni kan? 3 orang adik beradik Fasha ni semuanya cantik dan hensem hensem belaka tau.

Fasha ni pula dah kahwin dan mempunyai cahaya mata sebanyak tiga orang iaitu Putri Raysha Jemaima Rizal Ashram, Putera Rayfal Ramli Rizal Ashram dan Aishah Amaira.

Amboi, berbelit lidah min nak sebut nama anak Fasha ni. Dah lah panjang, unik pulak tu. Mesti pegawai JPN ada tegur pasal nama anak-anak ni kan? Hehehehe..gurau je Fasha.

Nampak tak kakak Fasha yang berbaju warna hitam dengan rambut curl ala-ala ombak tu? Cantik tak? Hahh, cantik kann. Manis je senyuman kakak Fasha ni yang bernama Nur Fasyina Sandha. Kakak ni belum berpunya tau, jadi adalah peluang jejaka di luar sana nak usha usha kakak Fasha ni. Gurau je tau, hehehe.

Adik beradik Fasha yang lain pun boleh tahan paras rupa. Yang sebelah Fasha yang berbaju corak dot dot tu, putih melepak wajah tu. Manis je nampak. Mesti bertuah anak-anak Fasha ni dapat uncle dan aunty yang bukan sahaja cantik dan hensem, malahan suka dan baik kepada budak-budak. Lihat sahaja cara anak Fasha berkepil dengan Fasyina ni, manja je kan.

Gambar ini yang dikongsikan Fasha pada 16 jam yang lalu berjaya meraih sebanyak 29,244 likes dan 109 komen. Ada netizen yang mengatakan kakak Fasha ni serupa sangat dengan Fasha.

Em bagi min, serupa seperti doppelganger tu tak lah juga, masih dapat dilihat juga perbezaan rupa paras mereka. Tapi yang pastinya, kedua-du adik beradik ni mempunyai rupa paras yang menawan.

Rata-rata netizen turut mengatakan bahawa Fasyina ni cantik, tu memang betullah. Memang menarik Fasyina ni. Mesti ramai yang ngorat dia ni sewaktu berjalan di shopping complex kan. Malahan, ada yang bingung nak cari yang mana satu Fasha, yang berbaju hitam ke yang berbaju biru.

Dalam komen-komen yang memuji kecantikan Fasyina serta mengucapkan selamat hari jadi padanya, ada sahaja beberapa komen yang terlalu lurus atau pembaris pada pendapat min yang mengatakan tentang bentuk fiziikal Fasyina ni.

Ishh, mesti ada je topik lurus para netizen ni kan. Cuba korang lihat pada sebahagian komen seperti yang min maksudkan di bawah ini. Apa pendapat korang?

Tak kisahlah gendut ke kur0s ke hitam ke putih ke, lantak lah. Yang penting masing-masing bahagia dengan pilihan hidup sendiri. Semua pun ada pendapat masing-masing kan dan semua pun ada hak nak menyuarakan isi hati di media sosial.

Jaangan sahaja kata-kata yang dilemparkan tu menyebabkan si penerima berasa tidak senang sehingga menimbulkan amarahnya. Mungkin bagi si penerima pula, jangan lah juga salahkan si penyampai tu 100% kan. Dia cuma sampaikan apa yang dilihatnya sahaja. Haaa, dah jadi seperti kaunselor dah min ni.

Apa-apa pun, harap keempat-empat adik beradik ni terus menjaga ikatan silaturahim mereka sampai selama-lamanya. Tenang je hati nampak bonding adik beradik yang rapat macam ni kan?

Para pembaca pula macam mana ikatan kamu dengan adik beradik? Okay ke atau baru lepas bertarik-tarik rambut semalam? Kehkehkeh. Jangan lupa komen ya.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!