” Saya berdebar tunggu Azrene sebab dah pkul 7 belum kelihatan ” – Datuk Fazley

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob melalui detik cemas bersama isterinya, Datin Azrene Ahmad ketika perjalanan turun dari Gunung Kinabalu semalam. Menurut Fazley, dia berdebar menanti isterinya yang mengambil masa yang agak lama untuk turun dari gunung tersebut selepas mereka terpisah ketika hujan lebat. Fazley berkata, dek kerana bimbang dengan keselamatan isterinya, renjer hutan telah mengarahkan seorang malim gunung untuk masuk semula mencari Azrene.

Bagaimanapun, Azrene tiba tidak lama selepas itu dan Fazley memberitahu dia pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Semalam sewaktu turun dari #GunungKinabalu bersama azrene_ahmad , kami berpisah kerana hujan terlalu lebat dan saya terlalu gayat bila jalan perlahan.

“Jadi, Azrene turun bersama malim kami Alex dan saya diminta untuk terus turun dahulu memandangkan saya agak pantas mendaki dan turun gunung.

“Namun, saya sampai pkul 5 petang selepas mendaki turun di mulakan pada jam 12. Namun saya berdebar menunggu Azrene sebab dah pkul 7 malam kelibat Azrene dan malimnya belum kelihatan.

“Sampai renjer hutan mengarahkan seorang malim gunung masuk semula di dalam hutan yang gelap geelita untuk memastikan mereka okay.

“Tak lama lepas tu, Azrene akhirnya sampai. Sebak kami berdua. Tentunya pengalaman hari ulang tahun Azrene ke-40 yang terindah. Terima kasih semua yang menyokong dan memberi semangat!” tulisnya.

Pemilik SukaSucre Bistro itu berkongsi pengalaman tersebut di akaun Instagram miliknya.

Terdahulu, Fazley menyatakan hasratnya mendaki Gunung Kinabalu bersama isterinya sempena hari jadi yang ke-40 Azrene.

Menerusi perkongsian tersebut, Fazley turut memuat naik video ketika menunggu Azrene tiba di garisan penamat dan kelihatan isterinya sebak dan mengalirkan air mata saat berjumpa dengannya.

Rata-rata pengikutnya akui terharu melihat kisah pendakian mereka dan akui ia memberi inspirasi buat mereka.

Penyanyi, pengacara, pakar motivasi dan cef selebriti ini berkahwin dengan Azrene pada tahun 2006 dan pasaangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

Sebelum itu, Bak kata pepaatah, kalau sudah sayang, gunung pun sanggup didaki. Begitulah istimewanya hadiah hari lahir daripada Dato’ Fazley Yaakob buat isteri tercinta, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.

Menurut Fazley, dia akan sama-sama mendaki Gunung Kinabalu sebagai hadiah hari lahir isterinya yang keempat puluh tahun.

“Bismillah! Hadiah hari jadi Adik Sayang Azrene Ahmad dari saya, saya akan cuba untuk mendaki Gunung Kinabalu bagi menyempurnakan impian beliau sempena ulang tahun ke-40 esok!” tulis Fazley pada satu entri di Instagram miliknya.

Tambah Fazley, dia sebenarnya seorang yang sangat fobia dan gayat dengan ketinggian.

“Buat yang tak tahu, saya ni seorang yang gayat sangat, segan kepada ketinggian hehe! Bila naik lift pun saya cuak.

“Berdiri di balcony bangunan 3 tingkat pun macam nak tercabut nyawa rasa, tetapi demi isteri tersayang, saya gagahkan juga untuk mencuba mendaki hari ni,” tulisnya lagi.

Penyanyi, pengacara, pakar motivasi dan chef selebriti ini berkahwin dengan Azrene pada tahun 2006 dan pasaangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*