” Saya beli beg harga 25 ribu untuk awak, awak beli jubah harga 25 riyal je untuk saya ” – Gurauan Dato Aliff

Datin Shahida baru sahaja selamat sampai malaysia semalam dari menunaikan ibadah haji. Datin Shahida juga turut meluahkan perasaannya yang tak sabar untuk berjumpa keluarga tercinta di ruangan instagram miliknya ketika berada king abdul aziz international airport, menyatakan misi Datin pulang selain rindu nak jumpa keluarga, rindu juga ingin makan makanan kegemarannya.

tunggu flight nak balik…semoga kami jemaah haji selamat sampai ke pangkuan keluarga masing2 dan mudahan mendapat haji mabrur.

Misi saya balik ni selain rindu family saya rindu nak makan laksa kedah,laksa johor,asam pedas,sardin…
aliffsyukriterlajaklaris please standby masak…..balik x ada makanan ni siap

Datin Shahida kongsikan situasi bila sampai di rumah dan agihkan hadiah kepada keluarga dan bibik. Apa yang menarik perhatian di video tersebut adalah gelagat Dato Aliff yang begitu teruja ” macam anak sulung perangai dato ni ” – netizen.

Reaksi Dato Aliff sedikit terkejut apabila Datin memberitahu harga jubah yang dia hadiahkan kepada Dato Aliff. Berharga 80 Riyal. Reaksi Dato Aliff yang sakat Baem sampai menangis juga kelakar.

Kata Datin Shahida Dato Aliff sekadar bergurau dan tidak kisah tentang harga tersebut.

Datin Shahida lupa beli hadiah untuk diri sendiri

” Bila balik selain makan benda wajib buka beg dan buat agihan bg hadiah…saya beli utk semua orang untuk diri saya yg saya terlupa nak beli untuk bibik2 saya belikan jubah tanda hadiah mereka jagakan anak2 saya di rumah……harap2 semua orang happy dengan hadiah dari Tanah Suci penat bawa balik ni sampai beranak2 beg kat sana ”

Bagusnya Datin, lebih mengutamakan keluarga dan pekerja dari diri sendiri. Hadiah adalah bukan soal harga, tetapi keikhlasan. Apa komen korang?

Sumber : Ig shahidadherbs

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*