“Saya akan cuba menangkan hati Bella semula” – Aliff Aziz Mengaku Masih Sayangkan Bella

Macam yang admin update tadi, mahkamah syariah telah pun mengesahkan yang Aliff Aziz dan Bella Astilah sah bercerrai talak satu. Menerusi sidang media di luar mahkamah selepas pencerraian, Aliff jelas kelihatan sedih dan menyesal dengan perbuatannya. “Saya belum boleh hadam lagi apa yang berlaku di dalam tadi. Mungkin Allah nak tunjuk dekat saya. Biasalah manusia kalau dah tersepit baru nak ingat pada Allah.

Tapi, selagi saya hidup, saya adalah hamba Allah dan akan sentiasa ada ruang untuk saya perbetulkan diri saya.”

Apabila ditanya wartawan sama ada dia akan cuba memenagi hati Bella semula, Aliff mengaku yang dia masih sayangkan Bella.

“Sejujurnya, saya masih sayangkan Bella dan anak saya. Dah tentu saya akan cuba menangkan hati Bella semula. Saya juga nak minta maaf kepada Bella dan keluarga kerana sentiasa bersabar dengan saya dari awal.”

Saya tak pernah jumpa wanita sekuat dan sesabar Bella.”

Bella yang turut mengalirkan air mata di luar mahkamah mendoakan agar Aliff berubah dan menjaga tingkahlakunya.

Menerusi Instagramnya, Bella mengesahkan pencerraiannya.

Macam yang korang tahu, hasil perkahwinan selama lebih kurang tiga tahun, pasngan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean. Setakat ini belum ada berita lagi tentang hak penjagaan anak tunggal mereka ini.

Admin doakan semoga Bella terus kuat dan tabah manakala Aliff pula akan terus memperbaiki dirinya. InshaAllah.

Apa kata netizen :

Yanna nick : orang kalau dah tawar hati memang payah lah pujuk rayu apa semua memang tak di layan

Leyfahh sabri : Sayang bekas bini dgn anak? ..Kalau syg dari awal kau tk buat perangai

Ain aim : bgi la org lain yg berhak dpt kc syg bella lepas ni ..hang tu xlayak x sedar d untung…xsedar diri…semua la x x x….buang msa buang tebiat smua buang

Shukrie shukor : Fikir pasal anak bella. Dia ada hak lagi and mampu nak nikah lagi. Bukan haram, yang haramnya selfie separuh bogel tu. Tapi kalau keadaan sana lain dengan apa yang saya fikirkan, buat la keputusan terbaik.

Kredit: Lobakmerah via beritasteady

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*