“Sampai termimpi Dato dan Datin berbaik, Alhamdulillah mimpi jadi kenyataan” – Netizen

Seperti sebuah rumah, sebelum dibina ia haruslah mempunyai asas yang kuat dan kukuh. Begitu juga di dalam suatu pernikahan, dua hati haruslah bersama-sama kuat dalam menempuh cabaran hidup bersama dari segi mental atau fizikal. Begitulah yang boleh ditonjolkan dari kisah cinta dan keutuhan kasih sayang antara Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida.

Setelah dilihat pergolakan berlaku antara suami isteri tersebut di laman instagram Dato Aliff, sekarang nampaknya mereka berdua sudah berdamai kembali.

“smua orang nak bahagia dalam perkahwinan setuju tak?? Bagi abang nak berkahwin itu amat mudah tetapi nak mempertahankan perkahwinan itu bukan satu perkara yang mudah banyak dugaan cabaran dan kesabaran.. yang perlu dilalui..

Perg4duhan dalam perkahwinan itu memang normal ap4tah lagi kami adalah pasnagan kontra dari smua sudut.. siapa yang tak pernah berg4duh dalam rumah tangga sy pasti smua pernah .. begitu juga sy

Itulah lumrah kehidupan cuba bayangkan dua kepala yg dilahirkan berbeza perut,nak hidup sekali sampi kem4ti… mungkin rambut sama hitam hati lain-lain dan didikan keluarga pun berbeza beza,pendapat dan ego..sedangkan dengan ayah dan mak pun kekdang kita tidak sependapat … dan kadang kala mahu berg4duh.

Inikan pula suami isteri … orang yang belum berkahwin mungkin tidak akan faham apa yang abang rasa ini.. bagi abang dlm perkahwinan berhenti mencari kesalahan masing- masing kadang kala tak semua benda kita betul.
tak guna pun kalau Kita cari siapa betul atau siapa yang menang ??

pokok pangkalnya kita cari titik keserasian untuk memperbetulkan keadaan dan yang paling penting kita kena tahu syurga isteri tetap bawah kaki suami tapi suami pun kena pandai main peranan lah ..

Jangan pula disebabkan syurga kat bawah kaki suka hati saja nak pijak isteri begitu juga dengan isteri kadang kala isteri ini kena lah belai dan faham suami..jgn suami buat baik.. dipijak kita pula Kesimpulannya tak pernah ada benda yang sempurna dalam Hidupan maklumlah kita bukan hidup dalam syurga kalau semua sempurna..

Itu namanya syurga ..Apa pun terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang hubungan kami sekeluarga.. terima kasih doa kalian smua.. syukur alhamdulillah segalanya telah berdamai sebab apa?? yang berlaku ini biarlah kami sahaja yg tahu..

Kami dua dua salah dan kami akan betulkan kesalahan kami..apa pun saya sayang awak sampai m4ti shahidadherbs dan family kita dan lagu #cubabahagia itu sy ciptakan sempena kisah sedih saya yg berg4duh hampir 3bulan” kata Dato Aliff Syukri.

Dilihat didalam video tersebut, kedua suami isteri itu telah bermaafan antara satu sama lain dan terlihat juga Dato Aliff memberikan c1uman di pipi isterinya atas tanda cinta dan sayang kepadanya.

Rata-rata netizen sangat gembira akan berita pendamaian antara suami isteri tersebut dan mengharapkan Dato Aliff dan Datin Shahida kekal bersama hingga ke akhir hayat. Ada juga yang memuji Dato Aliff kerana mengalah dengan isteri demi kebaikan rumahtangga mereka.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang sampai bawa ke mimpi tentang kisah pendamaian Dato Aliff dan Datin Shahida.

Makanya, dalam sebuah cinta, ada ujiannya. dalam sebuah rumahtangga, ada pahit manisnya. Ia terpulang kepada kita sama ada hendak mempertahankannya ataupun tidak dimana pertahankan itu sememangnya adalah sukar dan memerluukan kesabaran yang amat tinggi. Kami doakan semoga Dato dan Datin bahagia ye sampai bila-bila.

Sumber : Ig Aliffsyukriterlajaklaris

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*