Sambut ulg thn kelahiran, ramai terkejut tahu usia sebenar suami Zarina Anjoulie

Baru-baru ini pelakon Zarina Anjoulie atau lebih mesra di sapa Anju telah mengesahkan bahawa beliau sudah kembali rujuk semula sebagai pasaangan suami isteri. Pengumuman tersebut dibuat oleh Zarina menerusi Instagram beliau apabila Zarina memuatnaik video beliau bersama bekas suami Elyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas pergi ke Kompleks Kehakiman Syariah bersama-sama dipercayai untuk urusan rujuk semula sebagai suami isteri.

Terdahulu hubungan Anju dan suami menjadi tanda tanya apabila Anju telah memberikan bayangan hubungan beliau dan suaminya itu kembali pulih setelah memuatnaik sebuah video beliau dan Elyas bersama-sama menerusi Instagram story.

Sebagai rekod sebelum ini tular mengenai kisah rumahtangga Zarina Anjoulie yang telah pun berpisah dengan bekas suaminya hanya setelah 6 bulan mendirikan rumahtangga. Buat para peminat dan pengikut akaun Instagram mereka berdua pastinya menerima khabar berita tersebut dengan cukup terkejut dan sedih kerana selama mereka berkawan sebelum ini pasaangan ini sangat rapat dan serasi.

Anju berkata beliau dan Yas tidak menghadapi sebarang masalah bersama Yas namun merasakan keputusan untuk berkahwin dibuat secara tergesa-gesa ketika itu. Pasaangan tersebut juga berpisah secara baik dan masih lagi berhubung seperti biasa.

Setelah mengumumkan kembali rujuk bersama Yas, Zarina memuatnaik aktiviti harian beliau bersama suaminya itu seperti biasa di media sosial untuk tatapan para pengikut beliau. Terkini Zarina memuatnaik gambar bersama suaminya sempena meraikan hari ulang tahun kelahiran suaminya.

Pasaangan itu bergambar bersama sebiji kek yang dipegang oleh Zarina dimana tertera nombor 26 di atas kek tersebut.  Zarina turut membuat ucapan selamat hari lahir serta meluahkan rasa sayang untuk suaminya itu.

Melihat angka 26 di atas kek tersebut, ramai peminat yang terkejut apabila mengetahui usia sebenar suami Zarina itu. Mereka tidak menyangka bahawa suami Zarina itu baru berusia 26 tahun kerana kematangan wajah yang dimiliki oleh beliau.

Rata-rata peminat turut menitipkan ucapan selamat ulang tahun buat suami Zarina dan mereka turut gembira dengan kebahagiaan yang dilalui oleh Zarina setelah rujuk kembali bersama suaminya kini.

Usia tidak menentukan kematangan seseorang. Ambil sahaja contoh Intan Ladyana dan Harris Alif. Sikap matang dan tanggungjawab yang penting dalam mengemudikan rumahtangga.

Ternyata jodoh mereka berdua masih kuat. Doakan yang baik-baik buat Anju semoga hubungan beliau kali ini berkekalan sehingga akhir hayat.

Sumber: ig anjoulielacovah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*