Sambut hari jadi bersama tunang, netizen puji Sakinah makin sihat dan cantik

Pelakon sensasi Sharifah Sakinah yang juga merupakan adik kepada penyampai radio sinar Sharifah Shahira kini telahpun selamat menjalani kehidupan barunya di Sweeden. Ketika temubual yang dilakukan oleh sebuah media tempatan, beliau melaporkan bahawa kehidupan beliau bertambah baik dan beliau gembira dengan kehidupan barunya. Sakinah juga berkata kehidupan di Sweeden tidak banyak berubah berbanding di Malaysia dan hanya berbeza dari segi makanan kerana di Sweeden agak sukar mencari makanan seperti di Malaysia.

Berkongsi pengalaman berpuasa dan beraya di sana, pemilik nama penuh Sharifah Sakinah Syed Abu Bakar Al- Khaired ini berkata beliau rindu untuk menikmati rendang dan juadah hari raya seperti di Malaysia.

Walaupun beroleh ketenangan namun beliau tetap menitipkan rasa rindu terhadap anak perempuannya Anais Adha yang kini dijaga oleh bekas suami Aliff Adha.

Sebagai rekod, Sakinah pernah mendirikan rumahtangga bersama seorang juruterbang Aliff Adha pada Mac 2015 namun jodoh mereka tidak panjang apabila mengambil keputusan untuk bercrai sekitar bulan Mei tahun lalu. Hasil pernikahan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia empat tahun.

Sakinah yang kini dalam fasa menyesuaikan diri di Sweeden telahpun mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka yang berasal dari sana iaitu Michael Hansen.

Hubungan pertunangan itu khabarnya bakal dimeterai dengan ikatan pernikahan tidak lama lagi. Untuk pernikahan kali kedua ini Sakinah berkata ianya bakal dilakukan secara ringkas dan mengutamakan yg wajib sahaja.

Sakinah yang kini menyepi kerana ingin berehat daripada dunia lakonan dilihat baru sahaja memuatnaik beberapa keping gambar bersama tunang beliau menerusi instagram beserta ucapan hari lahir. Kedua-duanya dikatakan mempunyai tarikh lahir yang sama.

https://www.instagram.com/p/CPYi4v5sDEl/?utm_medium=share_sheet

Lakonan terakhir Sakinah adalah dalam drama Aku yang kau gelar isteri. Perpindahan Sakinah ke luar Negara adalah bagi mendapatkan rawatan terhadap peny4kit ADHD yang di alami beliau ketika ini.

Ruangan komen di instagram mereka di penuhi ucapan selamat hari lahir oleh para peminat dan juga pengikut akaun instagram Sakinah.

Netizen juga memuji wajah terbaru Sakinah yang kelihatan semakin sihat dan cantik selepas berpindah keluar dari Malaysia dan mendapatkan rawatan perubatan di Sweeden.

Sakinah yang sebelum ini berkongsi keputusan untuk berpindah luar negara menerusi rancangan bersama Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil dalam program Heart2Heart itu juga mengesahkan peny4kit yang alaminya semakin serius dan memerluukan rawatan khusus.

Mudah-mudahan rawatan yang beliau lakukan di luar negara ini dapat memulihkan dan menyembuhkan Sakinah daripada penyaakit beliau itu. Sama-sama doakan.

Sumber : Instagram sakinah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!