“Samalah bila org mintak duuit bagi, kena pau” – Netizen

Mendidik anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai ibu bapa, mereka perlu tegas mendidik anak-anak dalam apa jua keadaan sekali pun. Lebih-lebih lagi apabila anak-anak kita sudah mula ke sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan baru. Selain guru, ibu bapa antara yang paling rapat dengan anak-anak. Setiap perilaku anak-anak perlulah diberi perhatian dan sentiasa rajin menegur mereka apabila membuat kesalahan.

Tanpa teguran dan sokongan ibu bapa, mungkin anak-anak akan lebih menjadi agresif. Maka sebagai ibu bapa, teguran dan nasihat wajib diberi kepada anak-anak ibarat melentur buluh dari rebungnya.

Seperti contoh, selebriti Almy Nadia cukup bagus mendidik anak-anak perempuannya. Bukan mudah ya nak jaga anak perempuan.. Betul atau tidak?

Buktinya, Almy memuatnaik satu video yang menunjukkan anak sulungnya ditegur oleh Almy sendiri. Gara-gara anaknya yang suka memberi duuit kepada rakan-rakan, habis duit belanja yang Almy berikan.

Dalam video tersebut, Almy menegur anaknya supaya tidak terlalu kerap belanja rakan-rakan. Memang bagus sikap pemurah anak sulung Amy namun khuatir jika berlaku k3s buul1i dalam kalangan kanak-kanak sekolah.

Bukan mudah untuk kita mencari duit. Boleh untuk kita jadi pemurah namun hanya beri kepada yang sangat memerluukan seperti yang dikatakan Almy sendiri kepada anaknya menerusi video dikongsi itu.

Video Almy juga telah menerima respon yang tinggi daripada netizen menerusi ruangan komen. Rata-rata netizen tang bergelar ibu turut berkongsi pengalaman sama yang dialami anak mereka.

Sementara itu, video Almy yang memaparkan anak sulungnya itu telah menerima 129,000 tontonan dan 422 komen.

Tertunduk sedih je anak sulung Amy bila ditegur. Seorang ibu tegur untuk kebaikan anak-anak. Kan?

Tak salah bersedekah tapi kena pada tempatnya. Kesian ibu bapa kita susah-susah cari duit untuk bagi duit belanja. Rindunya zaman sekolah…

Sumber: instagram Almynadiaofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!