Sakinah dedah kerap terima DM pelik dri seorg lelaki, namun pjelasan wanita ini buat ramai tergamam

Nama Sharifah Sakinah dan pelbagai isu yang mengundang kntroversi seolah-seolah sudah sebati. Pelakon wanita ini kerap kali mencipta kntroversi menerusi beberapa perkongsian di media sosial. Tular kontroversi sebelum ini mengenainya adalah apabila satu posting video di Instagram beliau yang memprvokasi para pencetus umah menerusi caption di video tersebut dengan menyebut golongan pencetus umah.

Terpanggil dengan provokasi Sakinah, salah seorang PU iaitu PU Rahmat tampil dengan cara paling berhemah dan lemah lembut telah menegur dan membetulkan kenyataan Sakinah terhadap para Pencetus Umah. Bagaimanapun isu tersebut tidak berlarutan apabila Sakinah kemudiannya mengambil pendekatan untuk berdiam diri.

Baru-baru ini Sharifah Sakinah telah diundang menjadi tetamu jemputan ke rancangan komedi Warung Sepahtu. Menerusi temubual di dalam rancangan tersebut Sakinah menjelaskan mengenai penakit ADHD yg dihidapi beliau. Sharifah Sakinah mengakui beliau disahkan menghidap penykit tersebut setelah mengandung dan bersalin anak sulung.

Menyingkap kisah mengenai dirinya yang menghidapi penykit tersebut, Sharifah Sakinah berkata tujuan beliau mendedahkan kepada umum adalah untuk memberikan kesedaran awam dan pengetahuan terhadap kesan sampingan yang disebabkan oleh penykit itu.

Sakinah mengakui, ADHD adalah penykit dimana membuatkan dirinya tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa. Disebabkan itulah Sakinah kerap meluangkan masa untuk bersenam. Sakinah masih lagi aktif dengan aktiviti senaman dan sering memuatnaik video beliau melakukan senaman di media sosialnya.

Terbaru menerusi muatnaik di Instagram, Sakinah mendedahkan beliau telah menerima Direct Message atau “DM” daripada individu yang tidak dikenali sejak July tahun lalu bertanya mengenai bau stokin beliau.

Menurut Sakinah beliau tidak pernah membalas DM tersebut bagaimanapun individu itu tidak pernah berputus asa menyebabkan Sakinah tertarik untuk berkongsi mengenai perkara tersebut kepada para pengikut akaun Instagram beliau.

Walaupun perkongsian berkenaan buat Sakinah hanyalah sekadar gurauan namun menariknya terdapat satu komen yang ditinggalkan oleh seorang wanita ini telah menjelaskan maksud tersirat disebalik pertanyaan individu tersebut yang merasa ingin tahu terhadap bau stokin Sakinah.

Menurut wanita berkenaan, pertanyaan tersebut sebenarnya menjerumus kearah gangguan sksual kerana buat sesetengah yang mengalami gangguan mntal bau stokin mampu menaikkan nafsu.

Malahan individu yang ketagih dengan bau stokin akan lebih teruja sekiranya bau stokin semakin busuk. Wanita berkenaan juga mendoakan agar Sakinah dan para wanita lain semoga terhindar daripada gangguan sksual seperti yang diterima oleh Sakinah itu. Berikut dikongsikan penjelasan dari wanita terbabit.

Tak pernah pula selama ini terfikir maksud tersirat di sebalik pertanyaan sebegitu ya. Ramai yang anggap soalan seperti itu sebagai soalan biasa. Sudah tentu soalan berkenaan diajukan kerana Sakinah seorang yang aktif bersukan dan agak normal jika menerima pertanyaan stokin berbau setelah selesai aktiviti senaman.

Semoga pendedahan dan perkongsian yang dibuat oleh wanita berkenaan membuatkan masyarakat menjadi lebih peka terhadap gangguan sksual.

Sumber: ig sharifah_sakinah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*