“Saiz nasib laa”, Sharifah Shahirah tak kisah kena gelak beli baju dalam utk mgsa banjir

Kess banjir semakin hari semakin merunsingkan apabila telah mencatat beberapa kemaatian. Paras air semakin meningkat dan sudah menenggelamkan beberapa kawasan disekitar Pantai Timur. Ramai yang telah turun memberikan bantuan dan membantu daripada pelbagai sudut. Beberapa orang usahawan dan figura yang dikenali telah turun padang bagi menghulurkan bantuan. Dermawan yang sentiasa muncul ketika kesusahan iaitu Ustaz Ebit Lew juga seperti biasa turut sama membantu para penduduk yang terjejas teruk akibat banjir.

Artis dan selebriti juga tidak terlepas turut sama menghulurkan bantuan dan sumbangan. Sebelum ini bantuan yang diberikan lebih kepada pakaian, makanan, perubatan dan bantuan kewangan. Namun buat penyampai radio Sharifah Shahira, beliau membuat kelainan apabila menghulurkan sumbangan dari segi pakaian dalam.

Kadang-kala perkara tersebut ramai yang terlepas pandang walhal bantuan dari segi pakaian dalam juga amatlah diperluukan pada masa getir seperti itu kerana semua barangan peribadi telah ditenggelami air.

Walaupun dirasakan agak kelakar dan lawak bagi sesetengah orang, namun Sharifah Shahira atau lebih dikenali sebagai Shiera tidak mengendahkan persepsi orang lain dan tetap meneruskan niat beliau itu.

Beliau memuatnaik misi bantuan tersebut di instagramnya, Shiera memaklumkan dalam keadaan terdesak seperti kejadian banjir ini beliau perlu mempelbagaikan sumbangan supaya tiada keperluan yang sepatutnya dianggap penting namun terlepas pandang kerana perasaan malu.

Shiera memuatnaik status untuk memberikan bantuan tersebut di Instagram beliau. Memaklumkan bahawa beliau tidak mampu untuk membelikan saiz yang bersesuaian mengikut penerima, oleh itu penerima akan mendapat saiz secara rawak sahaja.

Shiera sebelum ini pernah berkongsi DM beliau dengan penduduk yang terjejas di sana bahawa mereka memerluukan pakaian kerana pakaian yang sedia ada terendam lumpur. Sudah dicuci namun masih belum kering un

Melihat inisiatif Shiera, ramai yang menyokong tindakan Shiera itu dan turut memberikan pandangan supaya tidak lupa untuk memberikan sumbangan dari segi barangan keperluan wanita.

Rata-ratanya bersetuju untuk membantu dan memohon no akaun Shiera untuk turut sama menghulurkan derma kepada penduduk yang terjejas. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen berkenaan isu tersebut.

“betul to.. Barangan makanan dah ramai yang memberi tak salah pum kita sedekahkan barangan yg lain.. barangan wanita seperti “pad “kalau yg datang bulan pum penting dlm keadan darurat mcm ney..” – Netizen

“Ape nak gelak nye kak….ni pun kira keperluan….akk berfikir di luar kotak torbaik kak…kdg bnde simple mmg lepas pndang…semoga Allah permudahkn urusan akk dan team2 yg mmbantu” – Netizen

“Iye…mmg antara brg peribadi yg sgt penting…syabas shiera…benda perlu, x perlu malu” – Netizen

“Ok tu .. x terpikir sblm ni nk derma yg mcm gitu.. bli mix la.. dri saiz kecik hingga ke beso.. kt kenanga mall or gm klng pun ada” – Netizen

“Klu kt Perak byk tempat murah² kak. Kt tempat akk xtahu le . Jgn masuk mall confirm rege mencekik hehe. Semoga dipermudahkan segala urusan akk n team. Hugs ” – Netizen

Buat apa nak malu dalam bersedekah. Tak kisah lah barang apa sekalipun. Lagipun pakaian dalam salah satu keperluan penting yang ramai terlepas pandang.

Alhamdulillah syabas diucapkan kepada rakyat Malaysia yang cukup dermawan dan sudi membantu para penduduk di beberapa buah negeri yang terjejas teruk akibat banjir.

Sumber: ig shieraijoy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*