“Sabar ya daddy anak nombor 2 mmg lain sikit, semuanya terlebih” – Netizen

Korang biasa tak dengar orang kata anak kedua ni memang lain pada yang lain. Kalau bergurau senda dengan rakan-rakan, telatah anak kedua ini sering kali menjadi gurauan ramai. Betul ke apa yang orang-orang cakap tu ? Siapa di sini merupakan anak kedua ? Baik mengaku.

Apa pendapat korang bila orang cakap macam tu dekat korang semua ? Betul ke eh apa yang mereka katakan tu ? Anak kedua sangat lain pada yang lain, apa yang lain pun takathu lah, mungkin anak kedua je kot apa yang diperkatakan tu.

Ada dimuat naik video dan juga foto telatah anak-anak Awal Ashaari dan juga Scha, korang semua mesti sudah sedia maklum akan anak-anak mereka ni kan ? Kedua-duanya sangat comel dan periang, geram sangat tengok diorang berdua ni.

Siapa lagi kalau tak lain tak bukan Lara dan juga Lila. Haa, tengok muka diorang ni sebijik macam copy paste dah, yelah dan nama pun adik-beradik, sudah tentulah sama sahaja muka dan perangai pun boleh jadi sama sahaja tau, Betul tak ?

Mereka yang kini sedang seronok makan angina di kota Paris. Wahh, bukan biasa-biasa ye jalan-jalan makan angina dekat Paris. Siapa je taknak pergi sana kalau ada peluang untuk ke sana bila musim cuti sekolah dan juga musim perayaan kan ?

Tapi, bak kata orang, kalau dah lidah melayu ni, tetap lah cari makanan Melayu juga. Kita dah terbiasa dengan makanan kita, tiba-tiba duduk tempat orang makan makanan yang agak berbeza. Tak kena dengan tekak lah katakan.

Katanya Lila dah rindu sangat nak makan nasi dengan sup macam dekat Malaysia. Duduk dekat sana makan apa je dik oi ? Sudah semestinyalah banyak sangat makanan yang tersedira, tapi tetap nak cari nasi kegemaran kita semua kan ?

Adakah sebab Lila anak kedua sebabtu dia perangai sebegitu eh ? Ataupun si kecil comel tu terlalu rindukan masakan tanah air. Boleh je cari nasi ayam sup dekat sana, tapi masakan dekat sini jelas kelihatan lebih enak dan kena dengan selera kita.

Bukan saja Lila yang macam tu, kita pun kalau duduk oversea lama-lama, tetap nak cari nasi dan masakan Melayu juga untuk dimakan. Rindu masakan mak dan tanah air lah katakan. Betul tak ? Apa pula pendapat korang ? Cuba kongsikan bersama.

Sumber : Ig Lilaaminaaa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!