“Sabar sungguh lah abah dia, kalau kita mmg kena dah” – Netizen

Menjadi ibubapa bukan sahaja kasih sayang yang harus dicurahkan kepada anak-anak, tetapi ibubapa juga harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk melayan kerenah anak-anak. Ada yang kata, pada fasa anak berumur 5 tahun kebawah sememangnya mencabar. Begitulah yang dirasa oleh ibu bapa sekarang termasuklah pasaangan artis kita, Dato Fizz Fairuz dan Datin Almynadia.

Dilihat dilaman instagram Almy Nadia, beliau berkongsi momen kerenah keluarga beliau baru-baru ini.

Dilihat suami beliau, Dato Fizz Fairuz ditahan oleh anak-anak mereka dari pergi untuk bermain bola di kediaman mereka. Dato Fizz Fairuz terpaksa berjalan sambil mengheret anak-anak mereka yang sangat manja bersamanya. Dalam pada itu, terlihat disitu sifat kesabaran seorang ayah ditonjolkan oleh Dato Fizz Fairuz.

Salah seorang rakan artis mereka iaitu Dayah Bakar telah memberi komen beliau tentang kerenah anak-anak Almy dengan mengatakan anak-anak Almy “pacat” yang melekat pada bapanya. Beliau juga mengatakan anak bongsu Almy masih memerhati dan belajar gerak geri dan perangai kakak-kakaknya.

Para netizen juga sangat terhibur dengan kerenah keluarga Almy Nadia dan sangat memuji tahap kesabaran suami beliau dalam melayan setiap seorang anak-anaknya dirumah walaupun selepas kepenatan kembali dari kerja. Almy juga bersetuju dengan netizen mengenai tahap kesabaran suaminya itu dan beliau berkata jika anak-anaknya begitu dengannya, berkemungkinan besar sudah hilang sabar.

Begitulah kehidupan selepas mempunyai anak-anak. Kita sebagai ibubapa seharusnya bersabar dan tidak cepat melatah dalam mendidik anak-anak yang kita sedia tahu semua mempunyai personaliti masing-masing.

Sumber : ig almynadiaofficial

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*