Rupanya Mika anak kandung Ruhila dan Ean, netizen syak Azlan jd dalang mereka berpisah

Mempunyai raut wajah yang cukup lembut dan baik menyebabkan watak Ruhila yang dibawakan oleh Datin Elvina Mohamad dalam drama bersiri Takdir yang Tertulis menerima pelbagai reaksi daripada kalangan penonton. Datin Elvina juga mendedahkan beliau tidak sanggup membaca komen yang ditulis oleh netizen di ruangan komen Instagram beliau ekoran impak watak yang dibawakan oleh beliau menerusi drama tersebut.

Penangan watak antag0nis yang dibawakan beliau sebagai Ruhila, nama beliau semakin melonjak dan kerjaya lakonan beliau juga semakin menyerlah setelah hampir 7 tahun bergelar pelakon. Menurut Datin Elvina, beliau menyatakan persetujuan untuk berlakon di dalam drama tersebut walaupun skrip masih belum siap sepenuhnya.

Takdir Yang Tertulis merupakan sebuah drama rantaian yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin. Drama tersebut menampilkan gandingan pelakon Nazim Othman, Nad Zainal, Alvin Chong dan Elvina Mohamad sebagai teraju utama.

Drama tersebut mengisahkan mengenai Nad Zainal yang membawa watak utama sebagai Juweta berkawan baik dengan Elvina yang membawa watak sebagai Ruhila. Manakala Azlan yang di lakonkan oleh Nazim pula berkawan baik dengan Ean yang dilakonkan oleh Alvin.

Konflik bermula apabila persahabatan yang bermula sejak zaman universiti diuji setelah Juweta mendapat tahu bahawa suaminya Azlan telah berkahwin dengan rakan baiknya sendiri Ruhila.

Ruhila telah meminta Azlan untuk menjelaskan kembali kepada Juweta dan menyelesaikan perkara tersebut secara baik.

Azlan telah menyukai Ruhila sejak zaman universiti namun berkahwin dengan Juweta atas permintaan Ruhila kerana Ruhila mahu menjaga hati Juweta yang menyimpan perasaan terhadap Azlan. Setelah dikecewakan oleh kek4sihnya Ean, Ruhila akhirnya meminta Azlan untuk mengahwininya untuk melupakan Ean.

Kerana tertekan dengan sikap Juweta, Azlan mencraikan Juweta dan menuruti permintaan ibu mertuanya yang mahu merampas harta Juweta kerana dndam lama ibu mertua Azlan terhadap ibu Juweta. Setelah Juweta jatuh tersungkur, kini Ean pula muncul kembali untuk menyelamatkan Juweta.

Bersiaran pada episod ke 8 malam tadi, rahsia akhirnya terungkai apabila sebelum ini Ruhila meminta Azlan mengahwininya kerana mengandungkan anak Ean iaitu Mika. Ruhila kecewa apabila mendapat tahu Ean berlaku cuurang terhadap dirinya.

Menerusi instagramnya, Datin Elvina berkongsi sekeping gambar yang memaparkan Ruhila, Ean dan juga Mika berada bersama di dalam sebuah kereta. Beliau menulis caption mengenai drama tersebut yang telah mendedahkan bahawasanya Mika merupakan anak kandung kepada Ruhila dan Ean.

Hati Ruhila remuk apabila mendapat tahu kecuurangan Ean dengan perempuan lain. Beliau berkata sekiranya Ean tidak cuurang dengan Ruhila, mungkin mereka sudah hidup bahagia bersama.

Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen di bahagian komen gambar berkenaan.

“Aku rase ean tak cuurang tapi nenek firaun tu kot yg set ade perempuan mase ean tido tu.. sbb ean mmg dah janji kan nak kawin dgn ila.. knape mungkir janji.. plus mase ila nampak ean dgn perempuan lain tu.. ean tengah tido.. entah kasi ubat tido ke ape.. kan mak ila tu setan” – Netizen

“power punya plot. arggghh tak kisah la. salah tetap salah. juweta mesti menang” – Netizen

“Bru aq tau.. actually, mika tu anak kpd ila dgn ean. hbis la azlan lepas nih” – Netizen

“Memang dah plan si Azlan, sebab masa kolej dh suka kan Ila, lepastu ambil kesempatan ambil semua harta Juweta supaya Ju tak dapat buat apa apa and then, Ila tengok Ean cuurang,

tak dapat fikir mcm mana nak tanggung, mungkin tu sebab dia nak kahwin dengan Azlan sebab Azlan memang nakkan Ila dan mengaku mengandungkan anak si Azlan” – Netizen

“azlan upah perempuan masuk bilik ean” – Netizen

“Ean xcuurang tp prmpuan tu masuk bilk ean sedang tidur..xsempat bg pnjelasan dh ajak azlan kawen..ean pon lari ke UK sambung Law” – Netizen

“Rasa mcm ean x cvrang tapi salah faham hehehe.. sbb ean tido masa perempuan tue kat bilik dia so ila terus lari tanpa dptkan kepastian “ – Netizen

Dalam episod terbaru cinta sudah mula berputik antara Ean dan Juweta kerana sama-sama telah dikecewakan oleh sahabat baik mereka sendiri. Ada watak yang masih menjadi misteri seperti seorang wanita yang bekerja sebagai pencuci di syarikat Juweta.

Netizen juga tertanya identiti wanita tersebut dan apakah hubungan beliau dengan konflik yang sedang berlaku di antara 4 orang sahabat itu. Tak sabar nak tunggu episod seterusnya pula.

Sumber: ig Elvina mohamad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*