Rita Rudaini dedah bekas suami buat tuntutan perlepasan cukai utk 2 anak yg dijaganya

Bukan mudah menjadi seorang ibu tunggal yang perlu menanggung 2 orang anak yang sedang membesar dan meningkat remaja. Begitulah yang di harungi oleh pelakon Mami Jrum Junior ini. Sejak bercrai pada tahun 2013 sehingga kini Rita selesa hidup bersama 2 orang anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Rayyan kini sudahpun berusia 12 tahun dan adiknya Arjuna pula sudah berusia 10 tahun.

Membesarkan anak-anak yang sedang meningkat dewasa dan bersekolah semestinya menuntut beliau untuk memperuntukkan perbelanjaan yang agak besar. Tambahan pula Rita menjaga mereka berdua seorang diri.

Kedua-dua anaknya itu pula bersekolah di sebuah sekolah antarabangsa yang memerluukan perbelanjaan yang agak tinggi. Namun demi memberikan yang terbaik buat kedua orang anaknya Rita sanggup berkorban apa sahaja demi kebaikkan mereka.

Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa ibu tunggal ini. Namun begitu sikap Rita yang cekal dan tabah sering memberikan inspirasi buat para ibu tunggal diluar sana supaya lebih kuat mengharungi liku-liku kehidupan dan cabaran dalam membesarkan 2 orang anak.

Memuatnaik sebuah video terkini di Instagram peribadinya yang menunjukkan resit pembelian buku untuk anak-anak, seorang peminat mengalkan komen di ruangan instagram beliau untuk menyimpan resit tersebut bagi membuat tuntutan perlepas cukai di LHDN kelak.

Bagaimanapun Rita mendedahkan bahawa selama ini beliau tidak dapat membuat tuntutan tersebut kerana pihak bekas suami terlebih dahulu membuat tuntutan perlepasan cukai terhadap kedua-dua orang anak yang sedang dalam jagaan beliau itu.

Rata-rata netizen agak terkejut dengan pendedahan Rita dan menyindir bekas suaminya itu kerana sanggup membuat tuntutan perlepasan cukai walaupun bekas suaminya tidak menjaga kedua-dua orang anaknya itu.

Netizen turut menasihati Rita supaya berusaha untuk mendapatkan hak perlepas cukai itu menerusi khidmat nasihat daripada pihak syarikat pengurusan percukaian. Berikut beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen berkenaan isu tersebut.

“awat jd gitu.. dia mai jenguk pon dk.. bab duit nak pulak.. xboleh lagu tu.. ada hak anak tu.. kalau kami naik court dh tu, keje nk naik court saja” – Netizen

“pe sis…. Moga sis terus dimurahkan rezeki utk membesarkan ank² bujang sis… Igt sis, tggjwb ank lelaki ni besar… Sis da bg yg trbaik utk mereka, sy pcy akn dtg mereka taw utk bls jasa mommy dia.

Jgn lak t da tua melangut, tetiba kuar berita kata ank² buang pakcik, ank² semua x aggp pakcik ni ayah mereka… Eh…Sis org yg sgt kuat” – Netizen

“moga Allah luaskan lagi rezeki akak.. yang hat claim tu, mgkin xcukup duet kot.. maintainance laki bini tinggi.. opps terlebih sudah.” – Netizen

“baru ckp kan… dia awai2 dh buat rupanya. tah apela difikirnya. takpe kifarah Allah tu ada..” – Netizen

“Yes, books boleh claim. No need information such as name semua Rita.
If tak dapat claim deduction for kids its ok. You still boleh claim some certain purchasement for kids ..books, computer” – Netizen

“diaaaa… oh..dia ada anak lagi dua ka? Tang claim terus ingat plak anak yg sis bela ni.. terukkk punyaa pakkkk” – Netizen

Besar sungguh pengorbanan yang perlu di lalui oleh seorang ibu tunggal seperti Rita. Netizen mendoakan agar kedua-dua orang anak Rita iaitu Rayyan dan Arjuna semoga berjaya dalam pelajaran dan mendapat pekerjaan yang baik dimasa hdapan demi membalas jasa ibunya kelak.

Netizen juga berharap agar Rita terus kuat dalam menghadapi dugaan dan ujian dalam kehidupan beliau.

Sumber: ig ritrud727

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*