“Rindunya tudung aidijuma, teringat momen berebut beli tudung tu”- netizen

Dahulunya jenama tudung Aidijuma antara yang telah menjadi pilihan ramai wanita musl1mah di Malaysia. Boleh dikatakan jenama Aidijuma cukup popular pada zaman kegemilangannya dan pelbagai jenis tudung cantik telah dijual oleh usahawan terkemuka Datin Che Puan Norjuma. Harga pun sememangnya mampu milik buat semua pelanggan. Sebab itu ramai yang pernah berebut dan lebih dasyat lagi apabila beratur selama berjam-jam untuk dapatkan tudung daripada jenama Aidijuma.

Namun setelah bertahun lamanya, Norjuma telah lama menyepi dan tidak aktif dalam perniagaan tudung serta desas desus juga mengatakan beliau telah mengalami kej4tuhan dalam perniagaan miliknya.

Bila diingatkan momen lama, ramai peminat Aidijuma mengimbau kembali momen mereka tatkala sanggup berebut untuk dapatkan koleksi terbaru tudung daripada Aidijuma.

Korang mesti pernah ada koleksi tudung Aidijuma kan? Memang cantik koleksi tudung milik Aidijuma tau..

Malah baru-baru ini, Norjuma telah kembali buat pertama kalinya setelah bertahun lama menyepi.

Menerusi video di instagram Hijabista, beliau berkongsi video yang jelas menunjukkan Norjuma. Memang awet muda dan cantik dari dahulu hingga sekarang.

Kecantikan Norjuma dipuji ramai netizen menerusi ruangan komen. Rata-rata netizen juga semoat mengimbau kenangan lama mereka bersama jenama Aidijuma di ruangan komen.

Sementara itu, video tersebut telah meraih 31,000 tontonan dan komen-komen daripada netizen.

“Dulu2 time belajar pakai tudung bawal dia lah, rindu datin juma ni, cantik dan manis orangnya”-Netizen

Cantiknya Datin Che puan Norjuma. Memang maintain muda je daripada dulu sampai sekarang. Bila nak jual tudung Aidijuma lagi?

Sumber: Instagram hijabistamag

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!