“Rezeki anak2 awak, celik2 mata dpt jmp billionaire Malaysia” – Netizen

Sejak hari isnin yang lalu, ramai rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan untuk bercuti di dalam negara setelah kerajaan memberikan kebenaran untuk merentas negeri. Sebagai rekod, hampir Sembilan bulan kerajaan melarang aktiviti berkenaan susulan peningkatan cvd yang naik mendadak awal tahun yang lalu. Namun begitu, rakyat juga masih lagi diingatkan agar tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran merentas negeri yang diberikan oleh kerajaan.

Buat pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, pelakon Paskal itu juga tidak ketinggalan meraikan hari kelahiran isterinya itu dengan meluangkan masa untuk pergi bercuti ke Terengganu.

Namun begitu, percutian pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mencuri tumpuan kerana menjadi antara pasangan selebriti pertama yang menggunakan perkhidmatan menaiki helicopter untuk berangkat ke tempat percutian mereka sekeuarga di Pulau Redang demi mengelakkkan bersesak dengan orang ramai.

Di sebabkan itu, pengangkutan seperti helikopter di lihat menjadi antara inisiatif terbaik demi mengelakkan kesesakan malahan dapat menjaga SOP dengan baik bagi golongan yang berkemampuan seperti mereka. Tambahan pula mereka membawa bersama dua orang anak mereka yang masih kecil iaitu Yusof dan Alisa.

Jika sebelum ini, gambar-gambar percutian mereka kerap mencuri tumpuan dek kerana netizen terpikat dengan kecomelan wajah dan gelagat anak- anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang ceria dan gembira bermain pasir di tepi pantai.

Terbaru perkongsian Hairul dan Hanis di Instagram mereka turut meraih perhatian para netizen sekali lagi apabila mereka berkongsi rasa perasaan teruja mereka berdua menerima pelawaan menaiki kapal mewah daripada salah seorang individu yang paling berpengaaruh dan terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan.

Menerusi salah satu entri di instagram Hairul, pelakon Paskal itu memaklumkan bahawa pada awalnya keluarga mereka sudahpun bergerak pulang daripada pulau popular di Terengganu itu selepas beberapa hari meluangkan masa bercuti disana.

Bagaimanapun, percutian mereka nampaknya bersambung lagi apabila secara tidak sengaja pasangan ini telah bertemu dengan Tan Sri Vincent Tan.

Billionnaire itu kemudiannya tidak teragak-agak terus mempelawa pasangan itu dan anak-anak mereka untuk menaiki kapal mewahnya. Hairul menyifatkan pelawaan daripada Tan Sri Vincent Tan berkenaan sebagai ‘langkah kanan’ dan merupakan rezeki daripada anak-anaknya.

Rata-rata peminat pasangan itu telah mngalkan komen positif dengan menyatakan betapa beruntungnya mereka sekeluarga kerana berpeluang untuk bertemu dengan salah seorang individu yang terkaya dan hebat di Malaysia seperti Tan Sri Vincent Tan.

Netizen juga tertarik hati melihat respon anak-anak pasangan ini terutamanya Alisa yang sangat mesra memperkenalkan dirinya kepada Tan Sri Vincent Tan ketika Tan Sri Vincent Tan menyapa pasangan itu bersama anak-anak mereka iaitu Yusof dan Alisa selepas selesai berenang. Berikut dikongsikan komen-komen yang ditinggalkan netizen.

“Luar biasa seorang bilionair yg hati nya penuh dgn natural biuty iaitu suka kedamaian dan ketenangan,jiwa tenang sng nk explorace bnda baru dan dpt memudahkan urusan niaga dgn mudah” – Netizen

Baru sahaja beberapa jam di muatnaik, perkongsian pasangan Hairul dan Hani situ telah mendapat sebanyak 480,723 tontonan daripada warganet.

Ramai yang berkata pasangan berkenaan cukup bertuah diberikan rezeki bertemu dengan Tan Sri Vincent Tan apatah lagi berpeluang menikmati pengalaman berlayar menaiki kapal mewah. Alhamdulillah rezeki mereka sekeluarga.

Sumber: Instagram hairul azreen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!