“Rasanya Ernie ada kali ni, sebab ada yg tak duduk diam”- Netizen

Banyak program realiti hiburan yang menjadi pilihan ramai penonton di Malaysia. Termasuklah program hiburan The Masked Singer Malaysia yang diadaptasikan daripada sebuah rancangan realiti Korea Selatan ‘The King Of Mask Singer’. Bukan setakat di Malaysia sahaja, negara lain pun turut mengadaptasi program realiti berkenaan iaitu di Amerika Syarikat, China, Thailand dan Indonesia.

Seperti musim-musim lalu, program realiti The Masked Singer ini menampilkan peserta yang mengenakan kostum bagi menyembunyikan identiti masing-masing ketika membuat persembahan.

Peserta kesemuanya terdiri daripada golongan selebriti yang anda juga boleh keliru dengan susuk fizikal mereka. Suara pun diubah tau, memang susah nak teka nampak gayanya hehe..

Malah oeserta The Masked Simger masing-masingnya tidak mengenali sesama lain membuatkan program realiti ini lebih menarik perhatian penonton untuk ditonton.

Untuk program realiti The Masked Singer musim ketiga ini, ia bakal ditayangkan tidak lama lagi menerusi saluran Astro.

Seperti video dikongsi oleh instagram officialhlive, kelihatan beberapa peserta The Maksed Singer musim ketiga dengan kostum mereka sendiri. Memang comel semua kostum yang dipakai oleh selebriti terpilih.

Malah sebahagian netizen membuat andaian bahawa penyanyi Ernie Zakri antara peserta The Masked Singer memandangkan salah satu kostum dipakai oleh selebriti kelihatan ‘aktif’ seolah-olah seperti Ernie yang ramai ketahui penyanyi itu cukup periang orangnya.

Video menerusi instagram Hlive telah menerima 98,000 tontonan dan menjadi perhatian ramai netizen.

Rata-rata netizen turut teruja untuk menonton program realiti tersebut yang tak lama lagi bakal ditayangkan.

Agaknya siapa lagi selebriti tempatan yang menyorok dalam kostum tu? Susah nak teka kali ni hehe..

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!