“Rasanya anak2 org kaya popular, Cess je tutup aurat dgn sempurna”- Netizen

Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan untuk mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah serta mampu berbakti kepada keluarga mahupun masyarakat. Buat pasangan usahawan Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida, mereka berdua bertuah kerana dikurniakan 5 orang cahaya mata. Buat yang mengikuti pekembangan pasangan suami isteri ini sekeluarga, tentu mengenali anak kedua mereka iaitu Qadejah yang mesra dengan panggilan Cess.

Anak sulung dan kedua pasangan ini iaitu Ammar dan Qadejah telahpun menginjak keusia remaja dan semakin boleh di harap. Tambahan pula Dato Aliff dan Datin Shahida telah mendedahkan anak-anak mereka mengenai dunia perniagaan sejak dari kecil lagi.

Dato Aliff dan Datin Shahida sangat aktif di media sosial masing- masing untuk mempromosikan produk- produk perniagaan mereka.

Kini anak- anak yang juga sudah meningkat remaja semakin tahu erti tanggungjawab dan mengikuti jejak langkah kedua ibu bapa dengan turut membuat promosi resort serta tudung di media sosial masing- masing.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Cess, beliau memuatnaik sebuah video yang memaparkan beliau merakamkan sesi penggambaran bagi rancangan sempena Hari Raya nanti di Astro Ceria.

Cess berkongsi perasaan teruja kerana diberi kesempatan berlakon bersama pelakon kanak kanak hebat yang lain. Kongsi Cess, banyak tunjuk ajar yang di terimanya semasa di set lokasi.

Menurut Cess lagi, beliau berharap ini hanyalah sebuah permulaan yang baik untuk beliau agar menjadi lebih matang dan menambah pengalaman dalam bidang hiburan.

Dengan rasa rendah diri, Cess turut mengakui bahawa bukan mudah untuknya menceburkan diri dalam bidang hiburan dan masih banyak yang perlu beliau pelaj4ri.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen memuji penampilan Cess itu kerana berpakaian sopan dan menutup aurat dengan sempurna.

Netizen juga memuji cara penyampaian Cess yang sangat pandai menjaga adab, matang dan professional walaupun masih muda. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Menurut netizen, mereka merasakan Cess mempunyai aura tersendiri yang membuatkan orang ramai mahu melihat dirinya. Malahan ada yang mengatakan Cess seiras pelakon Ummi Nazeera.

Hasil didikan kedua ibu bapa yang sentiasa mahu anak- anak berdikari, Qadijah sudah pandai membawa diri.  Bertuah sungguh Datin Shahida dan Dato Aliff di kurniakan anak- anak yang sangat berdikari dan pandai mengambil hati beliau serta keluarga.

Mudah-mudahan apabila sudah dewasa kelak Khadijah akan menjadi seorang anak yang mampu membalas jasa kedua ibu bapanya. Selamat maju jaya Cess, sejuk mata melihat Cess sekarang yang pandai menjaga penampilan dan sangat matang. Amin.

Sumber: ig qadejah terlajak laris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!