“Rasa nak penyet dia sebab comei” – Nourul Depp

Catriona Ross atau lebih mesra dipanggil sebagai kak Cat sememangnya gemar untuk mengongsikan rakaman video menerusi akaun Instagram beliau. Kebanyakan video yang dikongsikan oleh kak Cat lucu-lucu belaka dan sering mendapat perhatian daripada warganet. Selain itu, kak Cat juga aktif menggunakan Instagram bagi mengongsikan jenis peralatan di dapur yang digunakannya yang mana sering menjadikan tugas memasaknya menjadi senang serta mudah.

Kalau sebelum ini kita telah melihat video kak Cat yang menyindir gaya sebahagian tetamu yang hadir dalam sesuatu majlis perkahwinan , kali ini kak Cat sekali lagi tampil dengan ‘content’ yang berbeza.

Terbaru, kak Cat telah memuatnaik satu lagi rakaman video lucu miliknya dimana dia kononnya sedang berbicara tetapi menggunakan slang percakapan rakyat yang berasal daripada Thailand.

Gelagat kak Cat yang sedang meniru cara percakapan orang Thailand nampaknya begitu sama sekali dan benar-benar kedengaran seperti pelancong Thailand yang sedang berbicara.

“Be thankpul you hep work na khaa. Many people no hep work now,” ujar kak Cat dalam ruangan caption video perkongsiannya ini. Mari kita lihat dibawah video kak Cat yang sedang berbicara persis orang Thailand.

Artis-artis terkemuka Malaysia seperti Nourul Depp dan Salina Saibi turut menceriakan lagi ruangan komen video perkongsian kak Cat ini manakala para netizen pula membanjiri ruangan komen dengan ketawa gara-gara terhibur dengan gelagat kak Cat yang tidak pernah mengecewakan.

Walaupun baru 18 jam yang lepas video ini dimuatnaik, namun ianya sudah berjaya meraih sebanyak 11,968 likes dan 435 komen.

Selain daripada komen terhibur netizen disebabkan gaya kak Cat ini, sebahagian warganet yang lain turut tidak lupa untuk mengambil kesempatan untuk memuji kecantikan kak Cat yang berkacukan drah Scottish ini.

Bukan sahaja berkerjaya sebagai pelakon, model dan pengacara, namun kak Cat juga turut berkerjaya sebagai penulis skrip dan penulis buku wanita Malaysia.

Patutlah video yang dikongsikan kak Cat itu semuanya menarik-menarik belaka, rupanya kak Cat ini sangat berbakat dalam bidang seni dan sastera.

Bagi para followers kak Cat yang sebanyak 549 ribu followers ini, nantikan sahaja video terbaru perkongsian beliau. Min pasti lepas ni kak Cat acah-acah jadi orang cina kot. Hehehe..

Sumber: Instagram Catriona Ross

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!