Rampas suami kawan baik sendiri, jawapan Ruhila buat netizen naik angin

Cinta antara Ruhila dan Ean seolah-olah berputik kembali setelah hubungan yang pernah terjalin ketika di zaman universiti itu terputus di tengah jalan apabila Ruhila mendapat tahu Ean berlaku cvrang di belakangnya. Ean yang seolah kembali menagih cinta lama dengan Ruhila terkejut apabila Ruhila menuduh beliau berlaku cvrang dengan beliau di mana menguatkan lagi tekaan netizen bahawa Ean telah diperangkap oleh seseorang sebelum ini untuk memisahkan hubungan beliau dan Ruhila.

Ternyata hubungan Ruhila dan Ean sebelum ini terputus hanya disebabkan oleh salah faham. Bagaimanapun penyatuan kembali Ruhila dan Ean mendapat bantahan keras daripada para penonton drama Takdir yang Tertulis kerana tidak ‘merestui’ hubungan cinta lama itu berputik semula setelah 7 tahun Ean mngalkan Ruhila.

Azlan masih belum mengetahui hakikat sebenar bahawa Mika bukanlah anak kandung beliau dan Ruhila. Ruhila hanya memperalatkan dirinya untuk menutup malu akibat mengandungkan anak Ean kerana masih belum berkahwin waktu itu.

Azlan yang mengahwini Ruhila atas dasar cinta tidak mengetahui bahawa Ruhila hanya mahukan beliau menjadi pak sanggup dan tidak mempunyai perasaan terhadapnya selama ini.

Azlan sanggup menghalau isterinya Juweta dan merampas harta Juweta kerana menurut kata Ruhila serta ibu mertuanya Che Salmah. Dek kerana terlalu sayangkan Ruhila, Azlan sanggup berkorban apa sahaja termasuklah mendengar kata Ruhila untuk membuang anaknya Mika.

Menerusi instagram drama sangat, telah dikongsikan sebuah video episod ke 11 yang bersiaran malam tadi, dimana terdapat babak Juweta datang bertemu Ruhila di sebuah kafe untuk bertanyakan mengenai apa yang telah berlaku di antara hubungan mereka berdua dan alasan mengapa Ruhila sanggup merampas suaminya berbanding memilih lelaki lain.

Apa yang mengejutkan adalah apabila Ruhila memberikan jawapan bahawa pernikahan antara beliau dan Azlan terjadi adalah kerana jodoh.

Jawapan Ruhila berkenaan membuatkan Juweta merasa hairan dan merasa ragu dengan tindakan Ruhila mengahwini suaminya sedangkan sepanjang persahabatan mereka, Ruhila berkata beliau tidak pernah berminat dengan Azlan.

Alasan Ruhila berkenaan membuatkan Juweta tertanya-tanya adakah Ruhila pernah menganngap Azlan sebagai suami dan menyayangi Azlan sebagai bapa kepada Mika.

Bagaimanapun, ketika Ruhila memberitahu bahawa perkahwinan beliau dan Azlan terjadi kerana jodoh, jawapan Ruhila itu membuatkan para penonton naik angin kerana sangat marah dan geram sedangkan Ruhila hanya mempergunakan Azlan untuk menutup aib sendiri sahaja. Berikut merupakan komen yang ditinggalkan oleh netizen.

“Juweta bole sabar tu …dgn alasan Bodo lg bangang… “ – Netizen

“Dier nyer cakap jodoh tu.. Cm ringan je nk jawab. Jodoh ke bodoh. Panass laks aty ku” – Netizen

“Jodoh apa nya, sbb mmk dya gila harta tamak nk jaga aib sndiri.” – Netizen

“Nak tutup masalah sendiri tiber cakap jodoh” – Netizen

“Best citer dr pengarah ni…selalu hasilkan yg terbaik..citer ni byk pengajaran…nk cerita pasal kita ni….rambut sama hitam..walopon dh dikaratkan..ttpla asalnya hitam…tp hati lain2…kwn yg dianggap sahabat ssh sng ..suami pon x leh percaya.

Jue yg rs hebat sblm ni pon…angkuh…sekelip mata tersungkur..tp yg jahat x selamnya jahat..baik jgn sangka selamanya baik…kerana kita ni manusia lemah, zalim..yg maha adil, penyanyang hny DIA…berbalik kepada DIA..” – Netizen

“Ni bukan jodoh namanya ni bodoh aku tak sanggup nak tengok dah la mak ila dgn penguam tu macam firaun dah macam nak rampas harta orang kaya je” – Netizen

Mungkin sudah menjadi lumrah dalam masyarakat apabila seorang wanita mengahwini suami orang jawapan yang sering diberikan adalah kerana jodoh.

Macam manalah perasaan Azlan apabila mendapat tahu bahawa Mika bukanlah anak kandungnya dan dirinya merupakan pak sanggup dan dipergunakan oleh Ruhila selama ini. Kesian betul dengan Azlan.

Sumber: ig drama sangat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*