Ramai xsetuju Ruhila dan Ean bersama, “Kalau Ila dgn Ean aku dh xnk tgk dh citer ni” – Netizen

Kerap menjadi bualan hangat dalam kalangan para penonton dan penggemar drama melayu kini adalah sebuah drama rantaian arahan Shahrulezad Mohameddin iaitu Takdir Yang Tertulis. Drama yang mula bersiaran pada 21 Januari di slot samarinda itu menampilkan pelakon Nazim Othman, Nad Zainal, Alvin Chong dan Elvina Mohamad sebagai teraju utama dan dibantu oleh Didie Alias dan Iman Suhana.

Ujar pengarah drama itu, pada awalnya pelakon yang terpilih bukanlah pilihannya untuk membawakan watak utama namun beliau bersyukur kerana para teraju utama mampu menjiwai watak dengan cukup baik sehingga memberikan impak kepada para penonton.

Drama Takdir Yang Tertulis mengisahkan mengenai Nad Zainal yang membawa watak utama sebagai Juweta berkawan baik dengan Elvina yang membawa watak sebagai Ruhila. Manakala Azlan yang di lakonkan oleh Nazim pula berkawan baik dengan Ean yang dilakonkan oleh Alvin.

Konflik bermula apabila persahabatan mereka berdua yang bermula sejak zaman universiti diuji setelah Juweta mendapat tahu bahawa suaminya Azlan telah berkahwin dengan rakan baiknya sendiri Ruhila.

Penangan watak antagnis yang dibawakan oleh Datin Elvina sebagai Ruhila, nama beliau juga semakin melonjak naik dan kerjaya lakonan beliau juga semakin menyerlah setelah hampir 7 tahun bergelar pelakon.

Datin Elvina juga pernah mendedahkan bahawa beliau tidak sanggup membaca komen yang ditulis oleh netizen di ruangan komen Instagram beliau ekoran impak watak sebagai Ruhila yang dibawakan oleh beliau menerusi drama tersebut.

Bersiaran pada episode ke 9 minggu lalu, konflik dalam drama berkenaan semakin meruncing apabila Che Salmah dan Hakim sebenarnya tahu bahawa Mika bukanlah anak kandung Azlan namun berpakat menggunakan Azlan untuk menjatuhkan Juweta kerana dndam mereka terhadap Juweta.

Azlan yang belum mengetahui kebenaran disebalik apa yang berlaku selama ini hanya menurut sahaja kehendak ibu mertuanya kerana sayangkan Ruhila. Cinta pun sudah mula berputik antara Ean dan Juweta kerana sama-sama telah dikecewakan oleh sahabat baik mereka sendiri.

Instagram Takdir Yang Tertulis berkongsi sedutan episod seterusnya yang memaparkan babak dimana Ean bertemu Ruhila dan di akhir trailer Ean dan Ruhila kelihatan sedang berpegangan tangan.

Sedutan episode tersebut bagaimanapun mengundang rasa amarah dan geram penonton kerana tidak berpuas hati melihat Ean bersama Ruhila.

Rata-rata penonton tidak bersetuju dan emosi apabila melihat sedutan episod terbaru drama berkenaan.

Dalam beberapa episod sebelum ini Ean kelihatan rapat bersama Juweta oleh itu penonton mahu agar Juweta dan Ean bersama kerana masing-masing telah dikhianati oleh Azlan dan Ruhila.

Penonton juga tidak sabar melihat dalang disebalik kejadian yang menimpa Juweta mendapat balasan yang setimpal. ย Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan netizen.

โ€œaku pon pelik laa cerita ni sapa herion ni bagitau st pengarah aku tkboleh lenaa ramai rebut ila dh kenapaaa dahtu biar tkpayah buat watak juu aihh koi meluat laa pulak aku tngok cita ni dhtu juu wujud buat apaa dh smua org nk ilaa aku geramlaa btoilaa asal smua ilaa dhtu juuu jdi kayu dalam watak tuu menyampah akuย โ€œ โ€“ Netizen

โ€œbongok la kalau ean balik semula dkt ila.. mksdnya dia xfhm kesaakitan yg ilan n azlan bg dkt ju.. n dia skali… minggu dpn jelh tgk.. yg penting ju crai dgn laki dayus tu please la.. bhgia dgn org lain.. even bkn dgn eanโ€ – Netizen

โ€œAku rs ean saje je rapat dgn ila..sbb dia mk skt kn hati azlan mcm mana azlan buat dia dulu kn..kwn mkn kwnโ€ โ€“ Netizen

โ€œAmbik jela smua jantan yg ada ila oiii saakit pulak jiwa aku. Hrta org ko nak laki org ko nak ean ko nak mika pon ko nakkkk. Penyepak netizen ko xnak??? (Mak leha emo ni)โ€ โ€“ Netizen

โ€œsemua marah bila tengok ean dgn ila macam nak getback tiba tiba bila dah tgk rupanya tu mimpi Azlan jeโ€ โ€“ Netizen

โ€œStress plk aq ila dgn ean.. Ju mcm mne klo taw dri awl x pyh tgk..โ€ โ€“ Netizen

โ€œSaje kot Ean nak dpatkan hak untuk ju. mju dh ambik mika laa tu,, smpai kalang kabut ila di buatnya,, padan muka ko ila. Dh hiilang anak,, lepas nie hiilang Ean pulak,, sbb dia x nk hidup dlam kenangan,, dia nk teruskan kehidupan bersama ju dan mikaโ€ โ€“ Netizen

Ramai juga menyebelahi Juweta dalam kalangan penonton. Penonton mahu Juweta mendapat keadilan setelah diperlakukan sebegitu oleh suaminya sendiri.

Menjadi lumrah dalam kehidupan setiap perbuatan yang tidak adil pasti akan ada pembalasan. Mungkin pengarah mahu memberikan kelainan dalam drama ini. Tak sabar nak tunggu episod malam ni pula.

Sumber: ig takdiryangtertulistv3

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*