Ramai terpukau dgn baju pengantin, Neelofa dedah rahsia disebalik pembikinan baju pengantin dri pereka

Kalau sudah jodoh tak kemana. Begitulah boleh diibaratkan hubungan antara Neelofa dan PU Riz. Walaupun hubungan mereka pernah dilanda badai besar beberapa bulan yang lalu, namun berkat kesabaran mereka berdua akhirnya mampu menempuhi dugaan pertunangan tersebut dengan sangat baik sehingga telah pun disatukan dalam majlis serba mewah pada 27 Mac yang lalu.

Kedua-dua mempelai sama cantik sama padan dan kelihatan sangat berseri-seri. Neelofa telah sah menjadi isteri kepada PU Riz hanya dengan sekali lafaz. Majlis pasaangan ini di hadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat. Pasaangan pengantin dan juga para tetamu yang hadir berpakaian serba putih bagi menepati tema majlis yang diadakan.

Pelamin pasaangan ini turut mencuri tumpuan kerana dikatakan mengambil tema sempena penyatuan Nabi Adam dan Hawa di Jabal Rahmah. Rekaan pelaminan tersebut di sempurnakan oleh Reka Teemor.

Bongkar pereka pelamin lagi pelamin berkenaan mengambil masa selama hampir 3 minggu untuk disiapkan. Menurut pereka pelamin lagi, majlis yang mengangkat tema warna putih itu juga turut membawa maksud kesucian dan penyatuan dua hati.

Selain daripada pelamin, baju yang dipakai oleh Neelofa dihari pernikahan beliau juga cukup menarik perhatian para peminat. Neelofa mengayakan busana serba putih namun perincian baju berkenaan begitu menonjol membuatkan para tetamu begitu terpukau dengan baju yang digayakan oleh Neelofa itu.

Menerusi satu perkongsian di Instagram story, Neelofa berkongsi draf rekaan baju nikahnya dengan para peminat. Setelah di teliti, rupa-rupanya baju nikah beliau dipenuhi dengan crystal tassel dan juga kain lace.

Jadi tidak hairanlah rekaan tersebut benar-benar menyerlahkan lagi penampilan beliau pada hari persandingan.

Sememangnya cukup anggun Neelofa mengenakan rekaan tersebut. Dengan wajahnya yang jelita pula sudah pasti baju tersebut begitu mencuri tumpuan para hadirin yang hadir di majlis tersebut. Warganet juga turut berminat dengan rekaan baju itu setelah digayakan oleh Neelofa.

Doorgift yang disediakan oleh Neelofa buat para tetamu juga antara yang menjadi sebutan di majlis pernikahan beliau.  Beberapa Doorgift mewah sebagai kenangan para tetamu begitu menunjukkan sifat murah hati beliau sebagai cara meraikan tetamu di majlis beliau itu.

Tahniah Neelofa akhirnya kini sedang mengecapi bahagia di sebalik pelbagai dugaan dan ujian yang melanda hubungan beliau dengan PU Riz sebelum ini.

Begitu besar hikmah dan rahmat yg Allah kurniakan berkat dari kesabaran yang dimiliki oleh PU Riz dan Neelofa. Majlis Neelofa ini boleh dikatakan sebagai Wedding of the Year.

Sumber: igs neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*