Ramai rakyat tak tahu, senarai Putera DiRaja Pahang yang tampan dan jarang muncul di media

Semalam, perhatian seluruh negara tertumpu kepada istiadat pemasyhuran Sultan Pahang keenam, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang berlangsung dalam satu majlis penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan. Istiadat yang penuh gilang-gemilang itu kaya dengan adat resam, tradisi dan simbolisme turun-temurun Kesultanan Melayu.

Namun, apa yang menarik adalah untuk kita melihat corat-coret yang turut mencuuri perhatian rakyat jelata.

Antaranya, kelibat Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Sultan Ahmad Shah. Ketampanan adinda Sultan Abdullah itu turut mencuuri perhatian netizen di media sosial.

TENGKU Fahd Mu’adzam Shah (kanan) di samping kekandanya, Tengku Abdul Rahman yang juga Tengku Muda Pahang dalam sidang media di Pekan, Pahang pada Sabtu.

Namun, di sebalik cakap-cakap di media sosial, mungkin ramai yang tidak sedar akan seorang lagi sosok prominen dalam kalangan kerabat diraja Pahang.

Wajar dikatakan individu ini lebih penting kerana beliau mungkin akan dilantik sebagai Tengku Mahkota Pahang.

Siapa Tengku Hassanal?

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah adalah anakanda kedua dan putera sulung Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Beliau sedang melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom selama setahun.

Tengku Hassanal diputerakan pada 17 Sept 1995 di Hspital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

Tengku Hassanal adalah sepupu kepada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Putera diraja ini memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007 sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah St Thomas pada 2008 hingga 2012 dan University of Nottingham selepas itu.

Mei tahun lalu, beliau tamat pengajian dari Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dengan ijazah dalam bidang Hubungan Antarabangsa.

Mengikut susur galur keluarga, Tengku Hassanal merupakan cucunda kepada bekas Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar di sebelah bondanya, Tunku Azizah.

Ini menjadikannya anakanda saudara kepada Sultan Johor kini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan sepupu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Waris ganti akan saya tentukan dalam masa terdekat, saya kena berbincang dengan pihak keluarga saya dan Insya-Allah saya percaya semua pun dah boleh ramal kalau ikut tradisinya,” titah Sultan Abdullah kepada media selepas istiadat pemasyhuran baginda semalam.

Tengku Hassanal sedang melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom
Tengku Hassanal sedang melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom
Mengikut tradisi Istana Pahang, selaku putera sulung, Tengku Hassanal akan dilantik sebagai Tengku Mahkota Pahang menggantikan ayahandanya.

Bagaimanapun, sekiranya Sultan Abdullah diangkat menjadi Yang di-Pertuan Ag0ng ke-16, baginda mungkin melantik majlis khas untuk menjalankan tugas-tugas Pemangku Raja Pahang, susulan ketiadaan Tengku Hassanal yang melanjutkan pengajian di luar negara pada ketika ini.

Sumber : Sinarharian via celotehsaje

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*