“Punyalah cover tkut nmpk gigi dia” – Mua Bella

Anak itu adalah satu anugerah buat sesatu pasangan dalam dunia ini. Anak-anak itu yang akan menjadi penghibur kita dan jadi seperti kawan kita ketika kita sudah tua kelak nanti. Makanya, mencipta memori terindah dengan mereka itu sangat penting ketika mereka masih kecil sehingga meningkat dewasa. Ianya penting kerana memori itulah yang akan memberikan impak yang baik pd perkembangan emosi anak-anak.

Siapa lagi tidak mengenali Nabila Zulyadaini atau lebih senang dikenali sebagai Muabellaz. Beliau yang pada mulanya hanya wanita biasa tetapi dek kerana minat, beliau berjaya membina nama dalam bidang kosmetik dan persolekan.

Beliau yang kini berusia 28 tahun kini bukan sangat mahir dalam persolekan malah sudah mempunyai jenama barang solek tersendiri.

Semua juga sudah ketahui bahawa Bella telahpun berkahwin dan telah dikurniakan 3 orang anak hasil dari perkahwinan beliau dengan lelaki pilihan beliau dan sedang mengandung anak yang keempat.

Semua ketahui sifat MuaBellaz yang sangat ‘outgoing’ dan ‘sporting’ ketika beliau live di sosial media beliau. Bukan itu sahaja beliau juga suka dan tidak kekok melakukan live atau video bersama anak-anak beliau.

Anak sulung MuaBellaz iaitu Iris Alisya atau lebih mesra dipanggil Eica juga dilihat seperti mengikuti jejak langkah ibunya itu. Anak kecil itu tidak dilihat kekok apabila di hadapan kamera.

Dilihat dalam video tersebut, Eica dan ibunya melakukan sebuah video Tiktok dimana mereka men’dubbing’ suara latar dari Tiktok. Dan dilihat Eica dilihat sangat pandai berlakon bersama ibunya.

Dalam ruangan komen netizen pula, ramai netizen yang sangat terhibur melihat kerenah dua beranak ini. Ada juga memuji bahawa Eica akan menjadi lebih segak dari ibunya apabila meningkat dewasa nanti kerana pada umur sekecil ini pun sudah kelihatan segak dan cantik.

Comel betul dua beranak ni. Eica juga dilihat seperti akan mengikuti jejak langkah ibunya yang suka melaram dan bersifat tidak kekok apabila disuruh berlakon. Namun dalam sifatnya itu, beliau masih terserlah kelembutan seorang kanak-kanak perempuan.

sumber : instagram muabellaz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!