Pujuk rayu keluarga angkat tidak dilayan, jenaazah Amir akan dikebumi di Melaka

Pemergian seorang kanak-kanak berusia 7 tahun iaitu adik Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek amat menggmparkan masyarakat. Apa yang lebih mengejutkan apabila puncanya adalah disebabkan oleh perbuatan aniaya dipercayai dilakukan oleh ibu kandung dan bapa tirinya sendiri. Lebih meruntun hati adalah apabila kanak-kanak berkenaan hanya 3 bulan baru pulang untuk bersama ibu kandung setelah 6 tahun di jaga oleh keluarga angkat.

Adik Amir sebelum ini penah tular 3 bulan yang lalu selepas kisah dirinya yang dijaga keluarga angkat selama 6 tahun terpaksa diserahkan kembali kepada keluarga kandung setelah diminta oleh ibu kandung untuk menjaganya semula.

Ibu angkat adik Amir yang dikenali sebagai Norlida Abu Hassan berkata walaupun Amir hanya merupakan anak angkat beliau namun Norlida menganggap Amir sebagai anak kandungnya sendiri dan selama ini telah menatang arwh bagai minyak yang penuh sejak menjaga adik Amir pada usia 2 bulan sehinggalah 6 tahun.

Beliau meluahkan rasa kesal yang teramat sangat kerana melepaskan Amir kembali kepada ibu kandungnya dan tidak menyangka Amir bertemu ajal hanya selepas 3 bulan berpisah.

Ibu kandung dan bapa tiri adik Amir telahpun di tahan polis dan akan direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan k3s berkenaan.

Berita pemergian adik Amir telah dimaklumkan kepada keluarga angkat yang menetap di Rawang dan mereka sekeluarga kemudiannya bergegas ke Taman Krubong Jaya Melaka untuk menuntut jen4zah adik Amir untuk diurus dan dikebumikan sebaik mendapat kebenaran merentas negeri.

Bagaimanapun sewaktu meminta kebenaran untuk menguruskan jenaazah adik Amir, ibu kandung hanya menggelengkan kepala sahaja tanda tidak bersetuju untuk menyerahkan jen4zah kepada keluarga angkat untuk dibawa pulang ke Rawang.

Menerusi beberapa perkongsian terkini oleh kakak angkat adik Amir di instagram Tuhfah Nazira, hari ini beliau memaklumkan bahawa jenaazah adik Amir akan dikebumikan di Jasin Melaka iaitu di pihak sebelah waris kandung adik Amir.

Sebelum ini keluarga angkat tidak berputus asa berusaha berdoa dan memujuk rayu keluarga ibu kandung adik Amir untuk mendapatkan persetujuan mereka untuk di bawa pulang ke Rawang memandangkan adik Amir di besarkan selama 6 tahun di bawah jagaan mereka.

Namun begitu hasrat keluarga angkat tidak dapat ditunaikan apabila keluarga kandung membuat keputusan untuk tetap kebumikan jenaazah di Melaka. Keluarga angkat ternyata terpaksa akur dengan keputusan tersebut kerana tidak mempunyai hak dari segi pertalian drah daging.

Tuhfah berharap agar ibunya kuat dengan keputusan tersebut dan berkata keluarga mereka mungkin kalah dari segi tuntutan namun percaya mereka tetap menang di hati adik Amir dan semua.

Keputusan keluarga kandung adik Amir itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya turut bersedih dengan keputusan itu kerana merasakan keluarga angkat lebih berhak kerana telah menjaga adik Amir sejak kecil manakala keluarga kandung pula hanya baru menjaga selama 3 bulan.

Bagaimanapun netizen berdoa agar keluarga angkat terus tabah dengan keputusan itu dan mendoakan agar urusan pengebumian berjalan lancar. Berikut dikongsikan luahan hati para netizen terhadap keputusan tersebut.

“Allahhuakhbar… masih tiada sifat perikemanusiaan dari pihak sana.bertabahlah umi dan keluarga.. biarlah diorg dgn keputusan diorg. kita doakan yg terbaik dan segalanya berjalan lancar. Aamiin” – Netizen

“ak terucap, turut berdukacita. Allah Maha Adil. Stay strong. Kalian keluarga hebat yg Allah pilih. Ganjaran syurga buat adik Amir. Moga disatukan nanti di syurga. Kami doakan buat Amir & kalian sekeluarga.” – Netizen

“kita pulak yg saakit hati moga diberi kekuatan sekeluarga awak. amin” – Netizen

“Keluarga kandung yabg mendera keluarga diorg juga dapat tentukan tempat pengebumian amir.haishhhh. keluarga angkat jaga dgn penuh kasih syg apa .undang2 perlu dibaiki supaya lebih berperikemanusiaan.

apakah daya undang2 kurang berperikamanusiaan.tabahlah kita hanya boleh berdoa supayq undang2 dibaiki mengikut lebih berperikemanusiaan.

dgn ini keluarga angkat akan dapqt hak untuk memilih tempat pengebumiqn.keluarga angkat jagq penuh kasih syg boleh plak keluarga kandung main nk ambik je” – Netizen

“mana ig pihak sana??? sy nk tgok apa mereka post². X guna pnya manusia. xda hati perut” – Netizen

“keep strong umi n family. speechless kami.semoga terus kuat n diebri kekuatan oleh Allah utk meneruskan kehidupan.

Amir x hiilang dia sentiasa ada dlm keluarga umi.y berkeras hati semoga satu hari nnt Allah tunjukkan aatu persatu hikmah dr kejadian ini.Amin” – Netizen

Walau dimana sekalipun adik Amir dikebumikan, yang penting doa buat arwh tetap sampai dan ingatan serta kenangan keluarga angkat terhadap arwh tidak akan pernah terpadam.

Adik Amir lebih tahu siapa yang lebih ikhlas menyayangi dirinya. Keluarga angkat telah menunjukkan contoh yg baik buat masyarakat dengan menyayangi seorang anak  walau bukan darh daging dengan penuh ikhlas dan tulus. Semoga roh adik Amir ditempatkan di dalam golongan insan yang terpilih.

Sumber: ig tuhfahnazira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*