“Prince court tak provide extra bed ke Scha sian daddy” – Netizen

Pasngan selebriti Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari baru sahaja menimang cahaya mata kedua mereka kelmarin. Scha dan Awal berkongsi mengenai kelahiran bayi perempuan seberat 3.2kg itu dengan rasa penuh kesyukuran dan teruja. Bagaimanapun mereka memaklumkan buat masa ini mereka tidak dapat menerima pelawat dan kunjungan daripada para sahabat dan rakan taulan kerana perlu patuh terhadap SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Pasngan sensasi tersebut telah mengumumkan mengenai kelahiran anak kedua mereka menerusi media sosial masing-masing Anak kedua mereka itu telah selamat dilahirkan di Prince Court Medical Centre Kuala Lumpur.

Pasngan ini masih belum berkongsikan nama mahupun gambar wajah penuh buah hati kedua mereka itu. Mereka berdua bagaimanapun hanya memberikan bayangan awal permulaan nama bayi perempuan bermula dengan huruf L dimana ianya serupa dengan nama kakaknya iaitu Lara Alana.

Scha dan Awal mengucapkan rasa syukur kehadrat Ilahi atas amanah baru yang di diterima mereka. Scha dan bayi perempuan mereka berada dalam keadaan baik dan sihat. Scha juga sedang menjalani proses berpantang dan memerluukan masa untuk berehat secukupnya.

Jika sebelum ini mereka melalui pengalaman mengurus dan membesarkan anak adalah 6 tahun yang lepas, pastinya keadaan kali ini menjadi agak berbeza dan mencabar kerana berada dalam musim pndemik C0V1D19.

Aspek kebersihan perlu dititik beratkan berlipat kali ganda dan bantuan daripada suami amatlah diperluukan oleh isteri dalam membantu menguruskan anak.

Scha yang terharu dengan pengorbanan suaminya yang sanggup tidur di atas sofa untuk menemani beliau bagi menjaga kebajikan dirinya serta anak kedua mereka, membuatkan Scha bertindak berkongsikan perkara tersebut di media sosial bagi merakamkan tanda penghargaan dan ucapan terima kasih beliau terhadap suami.

Awal sememangnya seorang suami dan bapa yang sangat penyayang. Sebelum ini juga Awal kerap memuatnaik aktiviti bersama Lara dan setia menemani puteri sulungnya itu.

Bagaimanapun perkongsian Scha itu mengundang persoalan daripada seorang pengikut akaun Instagram beliau dimana seorang individu telah mempersoalkan mengenai kemudahan katil tambahan yang disediakan oleh pihak hspital sehingga Awal terpaksa tidur berselimut di atas sofa.

Menjawab pertanyaan tersebut, Scha menjelaskan bahawa Awal sebenarnya mempunyai bilik sendiri dimana pihak hspital telah sediakan untuk pelawat yang datang menemani pesaakit. Pihak hspital menyediakan kemudahan tersebut.

Namun mungkin kerana keletihan Awal akhirnya terlelap di sofa berkenaan. Berikut dikongsikan penjelasan daripada Scha mengenai perkara berkenaan.

Pengalaman mereka berdua sebelum ini membesar dan menguruskan Lara Alana pastinya akan banyak membantu untuk menguruskan kelengkapan anak kedua mereka.  Tambahan pula jantina anak kedua pula serupa dengan anak sulung jadi mungkin persediaan menjadi lebih mudah.

Mereka dijangka akan pulang kerumah dalam masa beberapa hari. Scha dan Awal berkata mereka akan memaklumkan kepada para peminat setelah semua urusan di hspital selesai dan berkongsi mengenai sebarang perkhabaran bersama para pengikut mereka nanti.

Sumber: ig scha al-yahya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*