“Pregnant Ke? Nmpak Baby Bump”- Foto Fasha Sandha Kelihatan Seperti Hamil Jadi Perhatian

Siapa tidak kenal pelakon cantik Fasha Sandha. Umum mengetahui pelakon Fasha Sandha baharu sahaja kegugvran anak pada Jun lalu hasil perkahwinannya dengan aktor Aidil Aziz. Namun, foto terbaharu Fasha yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya sebentar tadi telah mengejutkan peminat kerana bahagian perut pelakon itu kelihatan seperti mempunyai baby bump. Malah ramai yang membuat andaian Fasha kini sedang berbadan dua. Menerusi entri tersebut Fasha kelihatan sedang duduk.

Tidak kurang juga yang terlebih awal telah mengucapkan tahniah kepada Fasha.

“Pregnant ke? Nampak baby bump,” komen peminatnya.

“I can see your baby bump,” teka seorang pengikutnya.

“Tahniah, dah nampak baby bump di situ,” ucap peminatnya.

Namun Fasha sendiri tidak membalas mana-mana komen dan membiarkan ia sebagai tanda tanya.

Fasha disahkan mengandung dua bulan selepas perkahwinannya bersama Aidil Aziz, Mac lalu namun kandungan satu bulan itu tidak panjang umur.

Menerusi perkahwinan terdahulu Fasha dengan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, dia mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 4.

Sementara itu, gara- gara membawakan watak antagonis dalam drama bersiri Semua Salahku, pelakon Fasha Sandha menerima ugvtan di laman sosialnya.

Cerita Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 35, segeelintir penonton terlalu emosi terhadap watak Sofhi sehingga ada yang memberi komen ingin mencederakannya.

“Ada yang nak teraajang, ada yang nak tampar, ada yang tndang TV, haih… betul-betul marahkan Sofhi ni nampaknya.

“Aduh, sampai saya kena caarut… emosinya penonton Semua Salahku.

“Kesayanganku, itu adalah watak yang dimainkan dan saya berharap cerita ni dapat bagi pengajaran buat penonton,” tulisnya.

Fasha berkongsi mengenai perkara itu di laman Instagram miliknya pada Khamis.

Aktres ini berkata, apa yang dilakonkan itu adalah sebuah dakwah dan menjadi salah satu cara dia beramal.

“Yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan yaa kesayanganku.

“Bak kata ibu (sifu saya dalam lakonan) mungkin ini cara kami untuk berdakwah.

“Apapun, terima kasih penonton setia kesayanganku. Sedih tau kena maki,” katanya.

Drama tersebut mengisahkan tentang Sofhi, seorang ibu tunggal yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya iaitu Haris selain turut menderhaka terhadap ibunya, lakonan Fauziah Nawi.

Drama Semua Salahku kini memasuki episod ke-10 bersiaran di slot Lestary TV3 menampilkan barisan artis seperti Nafiz Muaz, Intan Najuwa, Fauziah Nawi, Syed Aiman dan ramai lagi.

Sumber : gempak via video viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*