“Pre wedding ke tuu” – Netizen

Hubungan cinta antara pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle bukan lagi rahsia. Malahan ramai peminat yang sudah tidak sabar lagi untuk melihat merpati dua sejoli ini untuk naik pelamin setelah sekian lama menyulam cinta. Setiap perhubungan juga pasti ada naik turunnya. Buat pasangan ini, mereka berdua juga pernah berhadapan dengan dugaan apabila hubungan yang ketika itu sudah menjangkau 5 tahun pernah terputus di tengah jalan.

Namun jikalau sudah di takdirkan berjodohan, hubungan yang terputus pun boleh sambung semula. Begitu juga dengan pasangan ini yang akhirnya menyambung kembali hubungan cinta mereka yang beberapa bulan terpisah tahun lalu.

Baru- baru ini beberapa keping gambar Mimi Lana sedang memakai inai di jari menjadi tular di kalangan warganet.

Para peminat salah sangka kerana menyangka beliau dan pasangannya Syafiq sedang mempersiapkan diri untuk hari bahagia mereka kerana kelibat Syafiq juga di lihat hadir dalam majlis berinai berkenaan.

Mimi Lana yang di asak dengan pertanyaan bertalu- talu mengenai majlis berinai tersebut akhirnya menafikan majlis berkenaan adalah persiapan hari bahagia beliau. Kongsi Mimi lagi beliau muncul sebagai tetamu di majlis berinai tersebut.

Berkongsi video terbaru menunggang kuda bersama Syafiq Kyle di Instagram, Mimi berkata aktiviti menunggang kuda itu adalah pengalaman pertama beliau menunggang kuda dan akan menjadi kenangan yang cukup indah buat dirinya.

Mimi juga turut menjelaskan bahawa menunggang kuda merupakan salah satu impian beliau selama ini yang sudahpun tercapai. Menerusi caption Mimi mngalkan tanda tanya kepada peminat, apa lagi impian yang boleh di capai oleh beliau seterusnya.

https://www.instagram.com/p/CUHq-QhBrf1/?utm_medium=share_sheet

Keindahan pemandangan di dalam video yang dikongsikan oleh Mimi itu menyebabkan para peminat pelakon filem Pusaka tersebut berteka teki sekiranya beliau dan Syafiq sebenarnya ke sana untuk merakamkan gambar pra- perkahwinan mereka berdua.

Rata- rata netizen di ruangan komen juga berkata mereka juga sudah tidak sabar lagi menantikan hari bahagia pasangan ini.

Mudah- mudahan hubungan yang bertaut semula ini akan berkekalan malahan semoga kali ini Mimi Lana dan Syafiq Kyle bakal naik pelamin serta di satukan menjadi pasangan yang halal pula. Berikut di kongsikan komen – komen netizen.

Terdahulu, Mimi Lana mencuri tumpuan netizen apabila video beliau melakukan senaman telah menerima beberapa komen yang menyentuh mengenai sosok tubuh pelakon tersebut. Rutin senaman pelakon jelita berkenaan mendapat perhatian apabila video tersebut menerima hampir 210,000 tontonan dan 341 komen daripada warganet.

Warganet juga ada yang bertelagah memperkatakan mengenai sosok tubuh pelakon jelita tersebut yang agak kuurus dan tidak lagi perlu membuat rutin senaman.

Sumber : Instagram missmimilana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!