“Piinggang bp cm tu, tengahari makan tak”- Shieraijoy

Nama penyanyi Alyah cukup terkenal dengan lagu hit Sesal Separuh Nyaawa pada zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu. Alyah antara penyanyi bersuara emas dan tidak disangkal lagi bakatnya yang begitu mengagumkan. Penyanyi yang membawa lagu genre muzik pop ini juga seorang yang cantik semulajadi dan memiliki tubuh yang langsing seakan-akan seperti anak dara.

Seperti yang ramai ketahui, Alyah merupakan isteri kepada Datuk Ramli MS, seorang pemuzik dan komposer senior dalam industri hiburan.

Tengok saja penampilan Alyah yang terkini, beliau sememangnya pandai bergaya meskipun bertudung. Gaya Alyah yang sentiasa up-to date membuatkan netizen juga suka melihatnya.

Dan lebih mengejutkan apabila baru-baru ini, Alyah berkongsi sebuah video dan kelihatan Alyah semakin kuurus dan cantik dengan busana yang dipakai menerusi video tersebut.

Ramai rakan artis memuji tubuh langsing Alyah dan ada juga yang memuji kecantikan semulajadi penyanyi bersuara merdu ini.

Tidak terkecuali, rakan artis termasuklah Sharifah Shahira turut terkejut setelah melihat Alyah menerusi video terbaru itu. Shahirah memberi komen dengan menanyakan size pinggang Alyah.

Komen Shahirah telah mendapat perhatian daripada Alyah sendiri dan Alyah menyatakan bahawa sebelum ini beliau tidak sihat.

Sementara itu, video Alyah telah menerima 151,000 tontonan dan 6000 tanda suka selepas melihat video Alyah yang terbaru.

Ruangan komen pada posting Alyah dipenuhi dengan punian daripada rakam artis dan warga netizen.

Semakin lawa lah Datin Alyah sekarang. Dari dahulu sampai sekarang nampak manis dan natural je. Suka tengok penampilan Datin Alyah sekarang.

Sumber: Instagram alyah81

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!