” Persembahan memukau, dapat standing ovation ” – Akhirnya ini komen penyanyi asal Nabila Razali

Konsert kedua program realiti Big Stage 2019 telah berlangsung dengan meriah semalam. Peserta telah lakukan yang terbaik. Tetapi satu persembahan penuntup yang memukau penonton iaitu persembahan Han Byul peserta dari Korea Selatan berjaya membawa lagu melayu vroom vroom semalam dengan hebat. Han Byul juga mendapat standing ovation dari Dato Siti Nurhaliza dan Juvita selaku juri tetap program big stage. Syafinaz juga memberi komen yang positif untuk Han Byul.

Han Byul juga mendapat rating paling atas dengan keseluruhan peratus sebanyak 89.33%.

Nabila Razali selaku penyanyi asal lagu vroom vroom juga memuji persembahan Han Byul dan menyatakan dia begitu teruja melihat persembahan Han Byul dan menyatakan Han Byul sudah melakukan yang terbaik.

Made it all the way from KLFW just to see this South Korean guy singing my song, Totally worth it! You nailed it onestarbyul. Congratulations and all the best for the next round! Much love, NR BigStage2019 VroomVroom

Han Byul juga memuat naik video di ruangan instagramnya meluahkan perasaan terima kasih kepada Nabila Razali kerana datang memberi sokongan kepadanya dan dia merasa dan gembira dan bertuah dapat menyanyikan lagu vroom vroom.

Thank you, Terima Kasih, Hope you liked tonight’s performance of Nabila Razali’s “Vroom Vroom” Big thanks to nabila.razali for coming to support! So glad and honoured to perform your song  Don’t forget to support our sherylshazwanie for her big future. One the nicest and loveliest girls I’ve ever met ! U go girl and see you soon .

Sementara itu, Konsert kedua program realiti Big Stage 2019 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam malam tadi.

Sebanyak 12 peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan, Thailand dan Brunei berentap di pentas Big Stage 2019.

Sheryl Shazwanie telah diumumkan tersingkir untuk minggu kedua dan 11 peserta melangkah ke minggu ketiga dan bakal mempersembahkan lagu mengikut tema Glocal Hits.

Datuk Syafinaz Selamat diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan sistem pemarkahan beserta komen-komen yang telah diberikan:

Han-Byul – Vroom Vroom 89.33%
“Awak kelihatan sangat selesa dan profesional di atas pentas. Awak sudah melakukan yang terbaik, sebuutan dalam Bahasa Melayu sangat baik,” – Datuk Syafinaz Selamat.

Dinda Permata – Temberang 82.67%
“Persembahan yang menyeronokkan. Saya puji dengan kelebihan ‘pitching’ awak yang sempurna. Awak mempunyai satu nada suara yang sedap. Syabas dan terus bekerja keras, jangan terlampau terlalu selesa,” – Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Santesh – Balqis 80.33%
“Persembahan awak terbukti bagus malam ini. Satu persembahan yang menghiburkan, awak bawa lagu dengan nyanyian yang menarik. Itulah tugas seorang penghibur. Saya sendiri tidak terfikir untuk mengubah lagu seperti itu,” – Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Neeta – Say My Name 79.00%
“Saya suka dengan persembahan awak kerana lagu ini tidak mudah untuk dinyanyikan. Dari awal persembahan hingga akhir sangat bagus,” – Judika.

Adzrin – Kau Pun Sama 73.33%
“Di permulaan nyanyian saya terhibur kerana nada suara awak bagus. Namun, makin lama tenaga agak berkurangan serta vokal awak perlu dikawal,” – Judika.

Fieya Julia – Jahat 70.67%
“Malam ini awak nampak tak selesa dengan kasut yang dipakai, pergerakan di atas pentas kekok. Cara pegang mikrofon juga tidak selari dengan pergerakan mulut. Lagu rancak bukan makanan awak. Cari satu bahagian dalam sebuah lagu untuk berikan satu nyanyian yang berlainan daripada penyanyi asal,” – Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Irfan Haris – Uptown Funk 70.33%
“Lagu ini bukan mudah untuk dinyanyikan tetapi menampakkan sisi awak yang berbeza. Ada sedikit kekok dan canggung tetapi awak telah memberikan yang terbaik. Saya berharap awak dapat memperbaiki kelemahan yang ada,” – Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kucaimars – Aku Penghibur 69.00%
“Minggu ini nyanyian berbeza daripada minggu lalu, nampak kelainan berbanding penyanyi asal. Walau bagaimanapun, vokal harus dilatih namun persembahan awak memuaskan,” – Judika.

Syada Amzah – Rockabye 68.33%
“Suara awak bagus tetapi sebuutan tidak jelas dan ada bahagian yang lupa lirik. Sebenarnya apa yang penting awak patut tahu bagaimana untuk mengawal apabila terlupa lirik. Pada awal nyanyian sangat bagus tetapi makin lama persembahan awak kurang baik,” – Datuk Syafinaz Selamat.

Sheryl Shazwanie – Drama 63.67% (Tersingkir)
“Awak tidak memahami lirik lagu sebelum melakukan persembahan. Sepatutnya, awak tidak boleh senyum kerana lagu ini mengenai seorang lelaki yang kaki perempuan,” – Datuk Syafinaz Selamat

Aziz Harun – Seberapa Pentas 61.83%
“Semasa saya nampak awak bawa gitar di atas pentas, saya mengharapkan nyanyian yang bagus. Kawalan pernafasan awak berterabur dan boleh dikatakan keseluruhan persembahan vokal awak tidak okey,” – Judika.

Chaleeda Gilbert – Havana 59.00%
“Pentas sangat cantik jadi ia membantu persembahan awak pada malam ini. Jadikan komen persembahan malam ini sebagai cabaran untuk awak,” – Datuk Syafinaz Selamat.

Sheryl, Aziz dan Chaleeda berada di kedudukan Bottom 3 tetapi markah undian tidak menyebelahi Sheryl dan menyebabkan dirinya tersingkir.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Sumber : gempak/ budiey channel / Ig nabila.razali

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*