“Pergi kerja kejap dah rindu dekat awak” – Nadzmi Adhwa

Seperti yang diperkata oleh HR Thabrani, “Belum pernah terlihat ada penawar yang lebih mujarab bagi dua orang yang jatuh cinta kecuali NIKAH”. Pabila dua hati sudah saling menyayangi,tiada lagi s4kit lain selain RINDU. Itulah ayat paling cocok yang boleh dikaitkan dengan perasaan seseorang yang baru bergelar seorang suami seperti Nadzmi Adhwa.

Orang kata bila sudah berkahwin, akan terasa kemanisan cinta antara dua hati. Seperti yang telah dihebohkan, kisah Nadzmi Ahwa dan Ardell Aryana akhirnya bertemu dengan perkahwinan. Mereka berdua yang dikatakan sudah lama berkawan baik telah mengikat pertalian halal pada tarikh 2 september 2019 lepas.

Baru-baru ini, Nadzmi Adhwa berkongsi di laman instagramnya mengatakan beliau merindui isterinya walaupun baru sekejap pergi ke kerja.

Terlihat di ruang komen para netizen nampaknya ‘cair’ dengan ayat cinta Nadzmi yang tertulis khas untuk isterinya. Ada yang mengibaratkan ayat cinta Nadzmi manis sungguh hingga bersemut skrin telefon. Bukan itu sahaja,ada yang berseloroh katanya inilah punca orang Malaysia mengidap diabetes kerana ‘disajikan dengan perkara manis’ seperti ayat Nadzmi.

Wah! sememangnya hanya pabila ayat Nadzmi itu tersusun cantik dan rapi, pasti si penerima, Ardell Aryana akan turut cair juga. Semoga kisah cinta #AdhwArdell akan kekal hingga ke jannah.

Sementara itu, Nadzmi tetap menyanyi untuk Ardell walaupun selepas kahwin. Untuk meluahkan kata kata cintanya melalui bait bait lirik lagu. Sangat romantik Nadzmi ini, beruntungnya Ardell.

Semoga perkahwinan mereka bertambah bahagia dan sentiasa sweet. Korang suka pasaangan ini?

Dalam perkembangan terbaru Nadzmi Adhwa, beliau sedang mempromosikan minuman terbaru F&N SEASONS di dalam instagram beliau.

sumber : IG Nadzmi Adhwa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*