“Pergh Dato Jamal nampak muda”- Netizen

Siapa yang tak kenal dengan Dato’ Jamal Abdillah dengan suaranya yang lunak merdu. Dato’ Jamal Abdillah yang hampir 5 abad membina nama di dalam industri nyanyian dan hiburan ternyata masih tak lapuk ditelan zaman. Baru-baru ini, Dato’ Jamal Abdillah telah berganding bahu bersama Wany Hasrita menyanyikan duet single pertama mereka ‘Belenggu Rindu’.

Lirik lagu ‘Belenggu Rindu’ itu ditulis dan dilagukan oleh Hael Husaini dan Ezra Kong. Lagu tersebut telah mendapat perhatian netizen dan memberi pujian kepada Hael Husaini dan Ezra Kong atas pembikinan lagu yang hebat.

Lagu ‘Belenggu Rindu’ itu juga mendapat sambuutan hangat para netizen. Ramai yang memuji gabungan suara Dato’ Jamal Abdillah dan Wany Hasrita adalah gabungan yang sesuai dan terbaik. Selain itu, ada juga yang memuji Dato’ kelihatan muda dan Wany Hasrita kelihatan sungguh ayu.


Seperti lagu lain,lagu ‘Belenggu Rindu’ ini juga tidak kurang juga mendapat komen neg4tif dari para netizen.

Dalam perkembangan Wany Hasrita sekarang, beliau sedang mempromosikan festival Toyota Gazoo Racing Malaysia bersama rakan artis lain seperti Ain Edruce, Shafiq Kyle, Janna Nick dan ramai lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*