“Perempuan2 jgn tengok sgt ya bibir suami saya”- Fazura

Pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura antara yang disukai ramai netizen. Fattah dan Fazura cukup rapat dengan peminat mereka. Maka sebab itulah, pasangan romantik ini popular dalam kalangan peminat. Sikap peramah, tak pernah somb0ng dan sentiasa layan baik peminat yang selama ini telah menyokong Fattzura membuatkan mereka disayangi peminat.

Selain populariti Fazura dan Fattah yang kita sedia tahu, satu-satunya cahaya mata perempuan milik mereka iaitu Fatima juga popular di laman sosial media. Ada sahaja video dan gambar Fatima yang dikongsi oleh ibu bapanya.

Selain berkongsi perkembangan Fatima, Fazura dan Fattah juga dilihat sibuk dengan bisnes yang dijalankan oleh mereka.

Memandangkan Fazura telah bergelar usahawan, beliau lebih menumpukan kepada produk jualannya dan sering membuat Instagram Live.

Setiap kali Fazura membuat Instagram Live, pasti ditonton ramai peminatnya. Malah gelagat lucu Fazura menerusi Instagram Live sempat dirakam oleh peminatnya menerusi rakaman skrin.

Antara momen yang melucukan apabila kemunculan Fattah menerusi Instagram Live bersama Fazura sebelum ini telah menjadi perhatian ramai. Kelihatan Fattah sedang memakai lipstik di bibir.

Fazura sempat berpesan kepada netizen supaya tidak melihat bibir suaminya menerusi instagram Live. Almaklumlah fattah pun orangnya kacak kan, Hehehe..

Namun Fazura hanyalah bergurau sahaja. Gelagat lucu Fazura itu membuatkan netizen suka melihatnya. Walaupun Fazura sedang mempromosikan produk jualannya, beliau tetap melayan kerenah peminat menerusi Instagram Live.

Sementara itu, video tersebut telah ditonton sehingga 2.3 juta tontonan dan 1000 komen daripada netizen.

Lucu betul tengok gelagat Fazura. Suka tengok Fazura, rapat dengan peminat sangat. Inilah contoh selebriti yang tak pernah somb0ng dengan peminat.

Sumber: Instagram fazura.klselangor

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!