“Perca baju tu dibuat wall decor ek” – Chef Zam

Ramai mengakui pelakon jelita ini, makin berusia makin cantik dan bergaya pula. Jika meninjau hantaran-hantaran beliau di media sosialnya, memang diakui fiturnya yang langsing mengalahkan anak dara, malah sentiasa berbusana macam orang muda, anggun dan elegan, terserlah keayuannya. Memuatnaik hantaran dirinya di Islam1c Fashion Festival (IFF) 2021 semalam, aksinya ketika menghadiri majlis itu menarik perhatian.

Mana tidaknya, dengan dress ‘bertingkat’ hitam kelabu, daripada video dikongsikannya terdengar bunyi ‘kecing kecing’ ketika berjalan dengan baju ditubuhnya itu. Bolehlah diagak betapa beratnya baju itu seperti ditulis Zahida Rafiq di kapsyen hantarannya.

Memang cantik sungguh busana beropol-ropol dihiasi hiasan batu berlian nampak berkilauan dipakainya. Tak kurang yang memuji cantiknya baju itu serta tak menafikan apa sahaja disarung oleh Zahida ditubuhnya, tetap helok.

Begitupun, dalam puji-memuji di komen hantaran beliau itu, ada saja yang nakal. Kadangkala melihat orang yang mengusik dan diusik ini memang boleh menceriakan suasana juga.

Kita sebagai orang luar ni pun boleh terhibur dibuatnya. Misalnya, tak habis-habis cef popular nan seorang ni yang suka sangat mengusik Zahida. Pengikut Zahida mesti perasaan kadang ada saja komen dan usikan Cef Zam buatnya pada hantaran-hantaran Zahida sebelum ini.

Apa yang menarik perhatian, fesyen dipakai Zahida itu disamakan oleh Cef Zam dengan hiasan bunga-bunga di dinding ketika Zahida sedang ‘catwalk’ di situ. ‘Perca baju tu dibuat wall décor ek?’ – Coret Cef Zam.

Ada pula netizen yang komen, ‘bunga kat wall pun silver’. Adoiiii Cef Zam dan netizen ni, ada-ada saja ya. T4jam sungguh mata. Tapi memang tak dinafikan, sekali imbas tampak warna busana dan bunga itu memang sama.

Selain mata, lebih ‘t4jam’ ialah pena netizen yang menulis dengan mempersoalkan sama ada fesyen seumpamanya seperti disarung oleh Zahida sesuai atau tidak digayakan di sebuah festival dikatakan fesyen islam1k.

Apa pun penulis tidak dapat pula memastikan prasyarat gaya berfesyen seperti dituntut oleh IFF pada tetamu jemputan atau peserta yang menghadiri fesyen itu. Apa pun moga semua yang baik-baik saja.

Kini berusia 46 tahun, sebagai selebriti Zahida sering dijemput dalam festival fesyen tempatan. Nama Zahida kian dikenali sebagai pelakon apabila membintangi filem antaranya Senario The Movie, Mami J4rum, Mami J4rum Junior, Anak Mami The Movie dan Kuliah Cinta.

Sumber : Ig Zahida Rafik

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!