“Perancangan seterusnya nak anak lagi” – Neelofa

Baru- baru ini, usahawan terkenal iaitu Neelofa mengumumkan bahawa beliau bakal kembali aktif dalam industri seni setelah mendapat izin suaminya. Sebelum berkahwin, Juara Dewi Remaja 2009/2010 ini sangat aktif sebagai pelakon dan pengacara. Neelofa sebelum ini juga begitu sinonim dengan Program bual bicara Meletop yang telahpun bersiaran selama hampir 10 tahun.

Bagaimanapun pada tahun 2020, Neelofa telah membuat keputusan untuk mennninggalkan program tersebut demi memberikan tumpuan kepada perniagaan beliau.

Setelah mendirikan rumahtangga pada 27 Mac tahun lalu, Neelofa juga selamat bergelar ibu pada 29 Januari yang lalu.

Pasangan itu juga telah mengumumkan nama bagi anak lelaki sulung mereka itu iaitu Muhammad Bilal.

Bercerita lanjut mengenai pemilihan nama buat anak mereka, pasangan itu mendedahkan bahawa makna nama Muhammad Bilal itu cukup istimewa kerana Muhammad merupakan nama Nabi kita yang membawa maksud ‘yang terpuji’ dalam Bahasa Arab.

Manakala Bilal pula membawa maksud ‘bulan purnama’ dan ‘kemenangan’. Malahan nama Bilal sendiri merupakan nama seorang sahabat Nabi Muhammad yang juga merupakan muazin pertama dalam sejarah islam.

Setiap ibu bapa pastinya hanya mahukan yang terbaik buat anak- anak mereka. Kini setelah hampir 3 bulan kelahiran anak sulung mereka, Neelofa dan PU Riz masih lagi tetap dengan keputusan mereka untuk tidak mendedahkan lagi wajah anak pertama mereka iaitu Muhammad Bilal walaupun sudah sekian lama menjadi tumpuan para netizen.

Walaupun keputusan berkenaan di persoalkan namun para peminat tetap menghormti keputusan pasangan tersebut.

Niat pasangan ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk melindungi putera sulung mereka itu memandangkan mereka berdua sangat dikenali orang ramai.

Buat para peminat yang menghormti keputusan pasangan itu, mereka terus bersabar menantikan pasangan tersebut mendedahkan wajah anak sulung mereka itu.

Namun begitu demi tidak menghampakan para peminat yang sekian lama menyokong, Neelofa adakalanya akan berkongsi rutin harian beliau sebagai ibu kepada para peminat.

Menerusi media sosial, Neelofa memuatnaik video suara anak sulung itu iaitu Muhammad Bilal menangis dan merengek namun tetap menutup wajah anak kecil itu.

Walaupun perkongsian video tersebut agak pendek namun ianya sudah cukup menggembirakan para peminat pasangan tersebut. Suara tangisan Bilal juga mengubati kerinduan para peminat yang sudah tidak sabar menatap wajahnya.

Bersempena bulan Ramadhan, Neelofa dan PU Riz juga berkesempatan mengadakan majlis berbuka puasa bersama para kakitangan serta turut sama menjemput rakan wartawan ke majlis berkenaan.

Ketika sesi temubual yang di adakan oleh para rakan wartawan, mereka bertanyakan perancangan Neelofa seterusnya buat masa ini, secara spontan Neelofa menjawab bahawa beliau ingin menimang cahaya mata kedua.

Jawapan Neelofa tersebut membuatkan para tetamu dan suaminya terkejut malahan gurauan Neelofa itu turut di sambut dengan gelak tawa rakan wartawan.

Mendengarkan gurauan Neelofa itu, PU Riz juga memberikan respon beliau bahawa dirinya hanya akan menerima sahaja apa jua pemberian dan ketentuan Allah buat beliau.

Klip rakaman temubual berkenaan telah di kongsikan kembali menerusi Instagram peminat Neelofa di laman Instagram lofa page. Menerusi temubual itu juga Neelofa turut mendedahkan bahawa beliau bakal kembali aktif semula sebagai pengacara menerusi program bual bicara baru.

Bagaimanapun program bual bicara tersebut masih dalam peringkat perbincangan dan akan di kongsikan oleh Neelofa kemudian.

Menjengah keruangan komen, rata- rata peminat turut terhibur mendengarkan gurauan Neelofa kepada para wartawan itu.

Namun mereka juga turut mengaminkan kata- kata Neelofa itu agar menjadi kenyataan memandangkan Neelofa sangat sukakan kanak- kanak. Berikut dikongsikan pula komen- komen lain yang di tulis oleh netizen.

“Ameen Ya Mujib. Duit kaya raya, nak upah 10 org confinement lady utk 10 org anak pun takper, rezeki Lofa. Dia mcm mama dia jgk, anak ramai pun masih cantik, dan diorang baka Pakistan, Arab ni mmg jnis subur.” – Netizen

Keterujaan dikurniakan zuriat pertama mendorong PU Riz atau nama sebenar beliau Muhammad Haris bin Mohd Ismail untuk merakamkan lagu buat anak sulungnya itu sebagai kenangan. Lagu pertama nyanyian PU Riz itu berkonsepkan dakwah dan menyelitkan selawat serta pesanan buat Muhammad Bilal.

Kongsi PU Riz lagi, lagu tersebut merupakan single pertama nyanyian beliau. Judul lagu berkenaan adalah Zikir Selawat dan pesanan untuk Bilal.

Para peminat turut mendoakan agar cahaya mata sulung kepada pasangan PU Riz dan Neelofa itu membesar menjadi anak yang soleh sepertimana pesanan daripada abahnya di dalam lagu berkenaan.

Sumber: ig lofa page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!