“Peraangai bapak dia ikutkan adoii” – Didie Alias

Seronok lihat apabila perangai anak-anak ‘c0py’ sangat perangai ibubapa mereka. Kalau ibubapa gemar bergurau dan membuat lawak, maka perangai anak pun akan terikut-ikut suka berlawak jenaka dengan ahli keluarga yang lain mahupun dengan teman-teman. Selalunya memang akan jadi macam tu sebab anak-anak kan akan perhati je perangai ibubapa mereka macam mana.

Maka apa yang dilihat, itulah yang akan dituruti bulat-bulat oleh si anak. Macam anak Fizz Fairuz, serupa benar perangai seperti ayahnya walaupun pada hakikatnya anak Fizz tu perempuan. Perangai mereka dua beranak ni sememangnya lawak.

Masakan tidak, kedua-dua Fizz dan anak perempuannya kononnya sedang menyanyikan sebuah lagu dengan penuh perasaan dan gaya. Belum sebut lagi fasal suara. Fuh, sememangnya bersemangat. Silap-silap, boleh ikut pertandingan menyanyi secara berduet la mereka berdua ni.

Fizz pun selamba sahaja melayan kerenah anak perempuannya itu. Ala-ala bintang rock dah min perhati gaya ‘persembahan’ si comel itu. Sambil jari pun main peranan ye dik. Siap tunding-tunding bagai. Kalau ikut pertandingan, mesti markah yang paling menyumbang adalah bahagian gaya. Kehkehkeh.

Namun, mengapa adik nyanyi tu tak fokus ye? Asyik menoleh kiri kanan je. Nampak lori aiskrim lalu ke tu dik? Kehkehkeh. Nampak sangat drah seni kedua ibu bapanya mengalir dalam tubuh anak perempuan Fizz ni kan? Kecil-kecil dah pandai menyanyi.

Hebat juga dengar anak Fizz ni menyanyi. Suara tu kalau diasah, pasti lagi lunak. Gaya persembahan dah ada, rupa pun sebijik macam rupa Almy Nadia. Patutlah ramai yang mengatakan adik ni persis Almy Nadia. Memang sama sangat lah. Almy junior la katakan.

Video perkongsian yang berdurasi lebih kurang satu minit 50 saat ini telah dimuatnaik menerusi akaun Instagram Fizz sejak dua hari yang lalu lagi dan setakat ini sudah berjaya meraih sebanyak 98,808 tontonan dan 345 komen daripada para followers dan peminat Instagram Fizz Fairuz.

Rata-rata netizen cukup terhibur dengan ‘persembahan’ anak Fizz ini yang cukup bertenaga. Masing-masing tidak lupa untuk memuji bakat si kecil ini. Rakan artis Fizz seperti Didie Alias turut tidak ketinggalan dalam memberikan komen menerusi ruangan komen posting Fizz ini.

Agak-agaknya, boleh ke anak Fizz ni menjadi juara dalam pertandingan Anugerah Bintang Popular Berita Harian? Min pasti suatu hari nanti tiba juga masanya adik yang kecil molek ini memenangi anugerah tersebut seraya membanggakan ibubapanya dengan pencapaian tersebut.

Sumber: Instagram Fizz Fairuz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!