“Peny4kit berjangkit lepas i, you pulak okeh”- Dato Alha Alfa

Siapa lagi tidak mengenali artis comel jelita yang sangat berbakat di dalam melakonkan watak-watak yang menusuk kalbu, Zara Zya. Tambahan lagi, Anak didikan ASWARA ini bukan sahaja memenangi hati peminatnya, malah juga telah memenangi Anugerah Meletop Era, Anugerah Drama Festival KL, dan ABPBH 2012. Bukan itu sahaja,beliau juga telah berjaya memenangi hati seorang jejaka bernama Hafreez Adam.

Baru-baru ini, di laman instagram Dato Alha Alfa, beliau telah berkongsi hasil karya solekan beliau pada Zara Zya untuk majlis pertunangan Zara.

“taahhhniiaaahhhhhhh!!!! yeayyy makeup done for my luvly zarazya happyyynyaaaaaaa xlama dah! peny4kit berjangkit lepas i..u pulak okehhh i happy gila2!! selamat bertunang zara! i doakan cepat2 ke jinjang pelamin ” kata Dato Alha Alfa untuk Zara Zya.

Kelihatan juga busana yang dikenakan oleh Zara Zya adalah serba putih dan campuran warna ‘silver’.

Rata-rata netizen sangat memuji hasil makeup Dato Alha Alfa dan mengatakan tahniah kepada Zara Zya atas pertunangannya bersama Hafreez Adam. Ada juga yang bersetuju dengan Dato Alha Alfa mengatakan Dato mempunyai “aura” sehingga hasil pertunangan Zara Zya adalah kerana “berjangkit” dengan hasil perkahwinan dengan pas4ngannya, Azlin Ismail dan berpendapat mungkin juga akan mendapat anak sekaligus nanti pada masa akan datang.

Ramai juga termasuk rakan artis Zara Zya mengharapkan pertunangan Zara Zya akan sampai ke jinjang pelamin.

Didalam perkembangan Zara Zya sekarang, beliau sedang mempromosikan produk keluaran beliau iaitu TrimShot.

Sumber : ig Alha Alfa, Zara zya, zarazyalovers

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*