“Pekat giila Ganu mung mat, cakap english pun bunyi Ganu gak” – Netizen

Selalunya orang luarnegara akan fasih berbahasa melayu jikalau mereka dilahirkan di Malaysia. Namun, ada juga orang luar yang boleh fasih dalam negara kita tanpa dilahirkan disini. Ada sebahagian dari mereka fasih berbahasa melayu kerana sudah lama menetap di Malaysia dan berkawan dengan orang tempatan dan orang tempatan sedikit sebanyak mengajar mereka tentang bahasa.

Begitulah juga pengacara tv dari British yang menetap lama di Malaysia iaitu Mat Dan. Beliau yang sudahpun memeluk islam dan mengahwini seorang warga tempatan dan telahpun dikurniakan 2 orang anak lelaki kini selesa duduk di Malaysia dan bergaul dengan budaya yang ada disini.

Walaupun beliau sudah memutuskan untuk menetap di Malaysia, namun beliau masih dikenali oleh orang-orang diluar negara dan kisah beliau telah menarik perhatian pihak BCC World

Beliau berkongsi bahawa beliau ditemuramah oleh wartawan BBC dan beliau menceritakan tentang diri beliau dan bagaimana beliau jatuh cinta pada Malaysia.

Beliau berkata ianya bermula apabila beliau berada di Thailand dan tertanya-tanya pada kawannya dimana Malaysia dan ingin melawatinya. Pendekkan cerita, apabila sudah berada di Malaysia dan singgah di sebuah kedai untuk meminum kopi dan terdapat seorang lelaki melayu bersama keluarganya membayarkan minuman beliau dan rakan beliau.

Beliau menanyakan mengapa berbuat begitu dan lelaki melayu tersebut berkata hanya untuk membuat Mat Dan selesa disini dan menganggap Malaysia ini seperti rumah sendiri. Sejak itu beliau ingin mengenal lebih tentang adat dan budaya dalam Malaysia.

Netizen sangat teruja mendengar temuramah Mat Dan bersama BBC dan ada yang mengatakan bahawa walaupun Mat Dan berbahasa Inggeris tetapi loghat Inggeris beliau sudah berbunyi seperti loghat Terengganu.

Bagus juga bila orang luar lebih kenal Malaysia. Ia bukan sahaja menaikkan taraf kedudukan kita di mata dunia malah mennaikkan juga budaya dan adat yang ada di dalam Malaysia dan sekaligus menaikkan taraf ekonomi kita dari sektor pelancongan.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!