“Patutlah xjadi masuk Maharajalawak ye”- Netizen

Saban tahun program hiburan popular iaitu Gegarvaganza sentiasa menjadi di antara program hiburan yang di tunggu-tunggu oleh para peminat. Program hiburan Gegarvaganza ini merupakan salah satu program hiburan terbitan astro yang memberikan peluang semula kepada artis- artis yang telah lama menyepikan diri daripada dunia hiburan untuk kembali mencipta nama dalam industri muzik tanah air.

Antara bekas juara Gegarvaganza yang kembali bersinar di dalam industri seni setelah lama menyepi ialah juara Gegarvaganza musim kedua iaitu Siti Nordiana. Setelah meraih gelaran juara Gegarvaganza Musim kedua, Nana kembali mewarnai dunia hiburan dalam bidang nyanyian dan juga pengacaraan. Malahan telah beberapa tahun memenangi gelaran Top Meletop bagi kategori wanita di dalam Anugerah Meletop Era.

Hari ini, pihak astro telah mengumumkan bahawa rancangan Gegarvaganza akan kembali bersiaran dengan mengumumkan barisan peserta baru yang akan bertanding merebut gelaran juara pada musim kelapan.

Program Gegarvaganza masih lagi mengekalkan format penjurian asal di mana persembahan para peserta yang bertanding akan di adili sepenuhnya oleh barisan juri professional. Sepertimana tahun yang sebelumnya, barisan juri kali ini masih lagi mengekalkan Maestro tersohor negara ini iaitu Datuk Ramli MS. Di samping Datuk Ramli, gegarvaganza musim ke lapan ini akan di serikan dengan kehadiran Bunda Hetty Koes Endang dan juga Datuk Syarinaz Selamat sebagai juri tetap.

Para peserta yang bertanding di pentas musim kelapan ini merangkumi tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Rancangan yang terkenal dengan tagline Bintang Kembali Menyenngat itu akan memulakan konsert minggu pertama pada 21 November akan datang.

Menerusi Instagram rasmi astro iaitu Astro Gempak, beberapa sedutan video dan gambar para peserta yang bakal bertanding telahpun didedahkan. Antara para artis yang telah terpilih untuk bertanding adalah Aweera, Datuk Fazley Yaakob, Aliff Aziz, Apek dan Yasin yang mewakili Senario, Adibah Noor dan Ani Mayuni. Tidak ketinggalan penyanyi lagu Tak Tun Tuang daripada Indonesia iaitu Upiak Isil.

Antara peserta berkumpulan lain yang menyertai Gegarvaganza musim ini selain daripada Saiful Apek dan Yasin Senario adalah kumpulan rap terkenal 90an iaitu Nico. Kehadiran artis berkumpulan membuatkan pentas Gegarvaganza musim kelapan ini bakal meriah dengan pelbagai kelainan yang bakal di tunjukkan oleh para peserta yang bertanding nanti.

Setiap tahun, Gegarvaganza juga telah di sokong oleh para penaja yang hebat. Jika musim awal dahulu Dato Seri Vida menjadi penaja utama sehingga musim ke empat, musim kelima jenama Datuk Aliff Syukri Dherbs pula yang mengambil alih. Namun bermula musim keenam sehingga la musim terbaru ini, jenama Farm Fresh masih lagi kekal menjadi penaja utama rancangan ini.

Di fahamkan bakal Juara program Gegarvaganza musim kelapan ini akan membawa pulang wang tunai yang bernilai sebanyak RM100,000 serta trofi manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 termasuk trofi.

Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta trofi.

Perkongsian video Saiful Apek dan Yasin Senario paling mencuri tumpuan apabila telah menerima pelbagai komen positif netizen yang tidak sabar melihat mereka beraksi. Menjengah keruangan komen, rata- rata para peminat tidak sabar menantikan kemunculan penyanyi dan pelawak popular 90an itu di pentas Gegarvaganza.

Tidak kurang juga para peminat yang kembali mengimbau babak filem Lagi- Lagi Senario apabila mendapat tahu penyanyi dangdut Ani Mayuni yang turut berlakon di dalam filem tersebut juga turut sama bertanding di pentas Gegarvaganza musim kelapan ini.

Rancangan gegarvaganza ini akan mula bersiaran pada 21 November nanti. Konsert bakal berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam.

Terdahulu, program Gegarvaganza sebelum ini telahpun menobatkan barisan artis bergelar juara. Bermula daripada musim pertama iaitu Ayai Ilusi ( GV1 ), Siti Nordiana (GV2), Azharina(GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5),Naqiu & Hady Mirza (GV6) serta Cliff Umar (GV7).

Sumber: ig astro gempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!