“Patutlah sorg pun xsngkut, ramai aweks ke sana”-Netizen

Sharnaaz Ahmad pada awalnya dikenali sebagai seorang pelakon lelaki di Malaysia. Beliau memulakan kerjaya sekitar tahun 2009 sehingga kini. Nama Sharnaaz Ahmad semakin dikenali setelah membawa watak Jebat menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang ditayangkan sekitar Disember 2013 hingga April 2014. Di dalam drama tersebut Sharnaaz bergandingan bersama Nelydia Senrose yang membawakan watak sebagai Hannah Mastura.

Walaubagaimanapun beliau kini sudah semakin memperlahankan bidang lakonan kerana lebih menumpukan perhatian terhadap bidang perniagaan yang semakin berkembang. Selain daripada sibuk menguruskan perniagaan, beliau juga turut aktif membuat ulasan makanan menerusi saluran Youtube beliau iaitu Sharnaaz Ahmad TV.

Saluran Youtube beliau mendapat sambutan dan menerima maklum balas yang menggalakkan daripada para penonton kerana ulasan jujur yang diberikan oleh Sharnaaz amat disukai oleh para netizen. Sharnaaz bukan sahaja menggambarkan rasa makanan tersebut malahan turut menyatakan harga makanan yang dibelinya supaya para penonton dapat membuat penilaian sendiri setelah mengambil kira ulasan yang diberikan beliau.

Menyingkap sisi peribadi pelakon ini, Sharnaaz sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama Noor Nabila iaitu kakak kepada bekas pengacara Meletop Noor Neelofa pada Mac 2017. Walaubagaimanapun perkahwinan tersebut tidak dapat bertahan dan mereka akhirnya berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil daripada pernikahan bersama Nabila, Sharnaz dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia 3 tahun.

Walaupun sudah berpisah namun hubungan pasangan ini masih lagi baik antara satu sama lain dan wajar dipuji apabila saling bekerjasama untuk menjaga anak tunggal mereka Jebat Jayden. Malahan ketika hari ulang tahun kelahiran Sharnaaz, Nabila memuatnaik ucapan kepada bekas suaminya dan begitu juga Sharnaaz yang memuji Nabila sebagai seorang ibu yang baik buat Jebat Jayden.

Memuatnaik perkongsian terbaru di Instagram, Sharnaaz berkongsi gambar beliau dan secara berseloroh menulis caption di Instagram beliau bahawa dirinya baru berusia 36 tahun dan mempunyai seorang anak. Di samping itu juga, beliau mempunyai ramai kenalan wanita dan kini sedang menjalani kehidupan yang sangat baik.

Sejak memegang status duda, Sharnaaz juga kerap digosipkan dengan beberapa artis wanita. Jika sebelum ini beliau pernah digosipkan dengan Azira Shafinaz yang merupakan seorang ahli kumpulan De Fam, kini beliau digosipkan pula dengan salah seorang pelakon filem Wira iaitu Fify Azmi. Bukan calang- calang juga artis wanita yang di gosipkan dengan Sharnaaz ni ya.

Buat Sharnaaz pula, tidak mudah sebenarnya memegang status sebagai seorang duda kerana beliau perlu menguruskan anaknya Jebat sendirian serta perlu berbahagi masa bersama bekas isterinya Nabila dalam menguruskan hak penjagaan anak.

Menjengah keruangan komen, caption yang ditulis beliau itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rakan artis. Ada rakan artis yang memahami lawak yang ditulis oleh Sharnaaz itu namun ada juga netizen yang tidak boleh menerima dan menegur caption yang ditulis oleh pelakon itu. Namun Sharnaaz menjelaskan bahawa beliau hanya bergurau semata-mata. Berikut antara komen-komen netizen.

Sebagai rekod, sebelum ini Jebat pernah memanggil Tokti sebagai Mummy. Netizen berkata Jebat seakan-akan memberikan bayangan bahawa Jebat menginginkan bakal isteri babanya itu mempunyai raut wajah seakan Tokti.

Nampaknya Jebat dah letak standard yg agak tinggi untuk calon yang bakal menjadi isteri babanya. Untuk bakal isteri Sharnaaz pula mungkin kena ada ciri-ciri seperti Tokti agaknya. Mudah-mudahan Sharnaaz pula yang akan bertemu jodoh selepas ini.

Sumber: ig sharnaaz ahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!