“Patut Kak Faz berlakon sekali jadi isteri Awang” – Netizen

Nama Nur Fazura sudah tidak asing lagi dalam industri hiburan di Malaysia. Bermula dengan beberapa iklan komersial, beliau kemudiannya memulakan kerjaya sebagai pelakon menerusi filem Bicara Hati kemudiannya filem Gol dan Gincu bergandingan dengan arwh Ashraf Sinclair ketika itu. Kejelitaan pelakon ini terus mendapat perhatian meluas media dan para peminat.

Malahan beliau juga di nobatkan oleh para peminat merupakan antara pelakon wanita yang mempunyai wajah yang jelita dan bergaya.

Fazura bertemu jodoh dengan juara hero remaja iaitu Fattah Amin setelah berlakon bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella.

Fenomena pasangan itu ketika drama berkenaan telah mencetuskan tanda pagar FattZura. Pasangan FattZura juga mempunyai para peminat dan pengikut mereka yang tersendiri.

Pasangan ini juga saling menyokong kerjaya masing- masing. Fazura kini sedang sibuk menguruskan urusan perniagaan beliau manakala Fattah pula mula meniti kemuncak kerjaya seninya sebagai pelakon.

Akhir- akhir ini filem terbaru lakonan Fattah iaitu Mat Kilau menjadi sebutan dan menjadi fenomena dalam negara.

Filem yang berkisarkan mengenai perjuangan bangsa melayu untuk mempertahankan negara itu benar- benar telah menjadi satu batu loncatan dan memberikan tuah buat Fattah apabila lakonan beliau sebagai Awang dalam filem berkenaan begitu memberansangkan.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Fattah, pelakon berkenaan telah berkongsi beberapa gambar yang memaparkan beliau turut hadir ke tayangan filem Mat Kilau anjuran Kelab Cikgu Halim yang merupakan satu kelab yang mengajar silat.

Fattah sempat mengucapkan terima kasih kepada kelab berkenaan kerana telah menjemput beliau sebagai tetamu undangan untuk menonton wayang filem Mat Kilau bersama mereka. Sebagai info, Fattah telah melakonkan watak sebagai Awang di dalam filem Mat Kilau.

Perkongsian gambar berkenaan telah menarik perhatian para netizen. Rata- rata netizen yang telah menyaksikan filem berkenaan telah berkongsi komen positif terhadap lakonan Fattah.

Malahan mereka juga tidak ptus- ptus memuji lakonan Fattah serta langkah silat yang di lakonkan Fattah. Netizen juga berpendapat lebih menarik sekiranya Fazura turut berlakon di dalam filem berkenaan menjadi isteri kepada Awang. Berikut dikongsikan pula komen- komen yang di tulis oleh netizen terhadap perkongsian Fattah itu.

“Kalini saya rasa macam dah terpanah dengan awang, sekarang saya berada diawang awangan  mantap la awang” – Netizen

“Memang membanggakan Awang sbb film MatKilau mmg hebat Dan epik Dan semua pelakun tlh berikan terbaik 100%” – Netizen

Betul- betul jadi fenomena lakonan Fattah sebagai Awang dalam filem Mat Kilau kali ini ya. Mungkin betul juga kata netizen tu, jika Fazura turut berlakon menjadi isteri Awang pasti lebih menarik.

Sumber: ig Fattah amin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!