“Papa papa dlm live, nmpk sngt mcm DSV yng nak sngt kat iqbal tu” – Netizen

Sukar sebenarnya untuk segelintir manusia untuk menerima satu penolakan dalam kehidupan. Selalunya segelintir individu sebegini mempunyai sifat yang tidak mahu berputus asa. Pada mereka, penolakan yang berlaku dalam hidup mereka adalah seperti satu kegagalan yang orang keliling bakal perkatakan. Ia adalah satu perkara yang tidak elok untuk dijadikan sebagai sifat kerana ia boleh membawa kepada kebenciian orang lain kepada kita.

Begitu juga seperti Dato’ Sri Vida yang sekarang hangat diperkatakan tidak dapat ‘move on’ dengan keputusan Iqbal yang memberi kenyataan tidak lagi meneruskan niat untuk berkahwin dengan Dato’ Sri Vida.

Setelah kita ketahui tular isu DSV telah datang ke rumah kediaman Iqbal untuk memberi sebentuk cincin namun kata Iqbal beliau tidak akan memakainya. DSV mengiyakan bahawa beliau ada memberi sebentuk cincin namun tujuan beliau ke sana adalah untuk memberitahu Iqbal bahawa Iqbal telah disiihir kerana terdapat individu yang menggunakan Iqbal sebagai pertengahan untuk menjatuhkan DSV.

Sekali lagi DSV membuat sesi live di IG untuk menerangkan lagi beberapa perkara mengenai hubungan beliau dengan Iqbal. Beliau merasakan beliau perlu menerangkan kerana netizen-netizen telah mengecam beliau dengan teruuk akibat dari tindakannya datang ke rumah Iqbal baru-baru ini.

Di dalam video yang dikongsikan oleh Dato Sri Vida itu beliau pada mulanya mengatakan beliau sudah tidak kisah akan perkahwinan beliau dan Iqbal tidak mengikut apa yang dirancangkan. Namun, percakapan beliau itu tidak terlihat dari cara beliau dengan memanggil Iqbal dengan gelaran ‘Papa’ pada Kacak dan Cik B.

Di dalam video yang berdurasi 1 jam 23 minit, terlihat pada kira-kira minit 1:03, Dato’ Sri Vida menggelarkan Iqbal sebagai  ‘Papa’ kepada Kacak dan terdengar Kacak tidak menyukai tindakan ibunya itu.

Terdapat juga pada minit 48:26, anak perempuan DSV menelefon ibunya itu dan meminta ibunya berhenti bergduh tentang perkara ini.

Namun, sekali lagi pada Dato’ menggelar Iqbal ‘Papa’ apabila menanyakan pada Cik B adakah Cik B sayang pada Papa atau tidak. Namun Cik B memberi respon terkejut dan DSV terus mengakhiri perbualan mereka.

Di dalam ruangan komen juga ramai yang tidak bersetuju DSV memanjangkan perkara ini lagi dan meneruskan hidup beliau tanpa memikirkan tentang Iqbal. Ada juga yang merasakan DSV yang terlalu mahukan Iqbal seperti menepuk sebelah tangan.

Sepatutnya pada umur DSV, beliau seharusnya lebih memfokuskan diri dan memberikan masa yang berkualiti kepada kedua-dua anaknya iaitu Cik B dan Kacak.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!