“Pandai Fatima salam cara dgn betul”- Netizen

Umum mengetahui bahawa pelakon Nur Fazura telah bertemu jodoh dengan juara hero remaja iaitu Fattah Amin apabila kedua- duanya berlakon bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella. Fenomena pasangan itu ketika drama berkenaan telah mencetuskan tanda pagar FattZura. Para peminat yang merestui hubungan mereka berdua ketika itu sangat mengharapkan hubungan berkenaan menjadi kenyataan. Pasangan FattZura juga mempunyai para peminat dan pengikut mereka yang tersendiri.

Fazura dan Fattah mendirikan rumahtangga pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup sebelum kemudiannya membuat majlis resepsi dengan menjemput rakan-rakan artis dan media. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Setelah berkahwin dan bergelar seorang ibu, penampilan Fazura semakin sopan dan sering berkongsi gambar beliau menutup aurat membuatkan para peminat semakin gembira dengan penampilan baru beliau itu.

Sejak bulan Ramadhan yang lalu, beliau di lihat sering mengenakan tudung malahan meminta para peminat sentiasa mendoakan yang baik-baik buat dirinya. Walaupun tidak pernah membuat pengumuman mengenai penghijrahan beliau namun sejak Aidil Adha yang lalu suaminya Fattah telah mengesahkan bahawa isterinya itu telahpun berhijab secara kekal.

Penampilan Fazura semakin jelita sejak beliau mengenakan hijab, malahan beliau juga telah melancarkan jenama tudung di bawah label beliau sendiri iaitu Tudung Fazura. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan sehingga tudung tersebut terjual kesemuanya dalam tempoh hanya beberapa minit.

Menerusi perkongsian di Instagram peminat pasangan ini, satu video terkini telah di muatnaik memaparkan gelagat Fatima menghulurkan salam untuk bersalaman dengan Moyang kanak- kanak berkenaan mencuri perhatian. Masakan tidak, gelagat kanak- kanak berkenaan yang sudah di ajar untuk menghormati golongan yang lebih tua sangat di kagumi para peminat.

https://www.instagram.com/tv/CXaaJLogk2h/?utm_source=ig_web_copy_link

Pada permulaan video kedengaran suara Fazura yang mengajar anaknya itu untuk pergi bersalaman dengan moyangnya. Fatima yang begitu taat kepada ibunya itu hanya menurut perintah lantas menghulurkan tangan untuk bersalaman apabila mendekati moyangnya.

Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Pastinya Fazura dan Fattah telah mendidik Fatima dengan baik apabila sikap Fatima yang menghormati orang tua dapat di lihat sejak daripada kanak- kanak tersebut masih lagi kecil. Terserlah ajaran yang baik di didik oleh ibu bapa kepada pemilik nama Nur Fatima Aisya ini.

Dalam entri sebelum itu, terdapat satu video yang memaparkan aksi comel Fatima yang kelihatan teruja apabila melihat bapanya muncul di kaca televisyen. Fatima terus ke hadapan kaca televisyen hanya untuk menunjukkan kepada semua bahawa lelaki yang muncul di paparan televisyen ketika itu adalah bapanya sendiri.

Wajah Fatima yang kelihatan sangat teruja dan gembira memperkenalkan bapanya itu amat menghiburkan para peminat.

Sehingga kini perkongsian di Instagram fattzuralovelife itu telah mendapat sebanyak 100,223 jumlah tontonan dan menerima 158 komen daripada para peminat pasangan sama cantik sama padan itu dan juga para peminat kepada Fatima sendiri.

Rata-rata netizen dan rakan artis juga merasa kagum dengan sikap Fatima yang sedari kecil sudah terbiasa dengan amalan menghormati orang tua. Berikut dikongsikan komen-komen para netizen.

Mudah- mudahan Fatima membesar menjadi kanak- kanak yang menyenangkan hati semua orang. Di samping itu juga semoga amalan Fatima sewaktu masih kecil ini akan sebati dengan dirinya sehingga beliau dewasa kelak. InsyaAllah.

Sebagai rekod Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 setelah berlakon bersama di dalam drama Hero Seorang Cinderella.

Sumber: ig fattzuralovelife

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!