“Pandai dia mintak duit tol dulu ye sebelum keluar”- Netizen

Usahawan sensasi yang juga merangkap pelakon dan penyanyi iaitu Dato Alif Syukri menerima perkhabaran gembira di atas kelahiran anak bongsunya sekitar jam 3 petang hari ini. Isterinya Datin Shahida telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta terkenal di ibu kota. Kongsi Dato Alif juga, kelahiran bayi yang ke enam ini sangat mencabar emosi beliau dan isteri.

Datin Shahida juga khabarnya hampir perlu menjalani proses pemb3dahan sewaktu proses kelahiran kerana bertarung dengan komplikasi keadaan bayi yang ketika itu mengeluarkan tangannya terlebih dahulu berbanding kelahiran normal yang mengeluarkan kepala dahulu.

Bagaimanapun proses kelahiran berkenaan akhirnya di permudahkan setelah 15 jam Datin Shahida bertarung ny4wa. Pengalaman mengandung dan bersalin anak bongsunya kali ini sangat mencabar dan paling sukar buat Datin Shahida.

Kesukaran proses kelahiran kali ini membuatkan Datin Shahida sudah tidak mahu untuk menambah zuriat lagi meskipun Dato Alif mempunyai keinginan untuk mempunyai anak yang ramai.

Impian Dato Alif adalah untuk memiliki 12 orang cahaya mata namun begitu keperitan yang di lalui oleh isterinya dalam menjalani proses mengandung dan kelahiran kali ini membuatkan beliau juga akur dan menghorm4ti kepuutusan isterinya.

Menerusi perkongsian video baru di Instagram, Dato Alif akhirnya berkongsi video terbaru yang memaparkan isterinya Datin Shahida telah selamat bersalin anak bongsu mereka.

Dato Alif dan Datin Shahida di kurniakan seorang bayi lelaki. Namun begitu Dato Alif masih belum mempunyai nama untuk di berikan kepada anak bongsunya itu.

Dato Alif juga mengambil peluang untuk meminta pendapat netizen di perkongsian video berkenaan supaya memberikan cadangan nama yang mempunyai maksud yang baik buat anaknya itu.

Menerusi video yang di kongsikan itu juga, Dato Alif secara terbuka berkongsikan wajah anak bongsunya buat tatapan para pengikut akaun Instagram tanpa menyembunyikan wajah bayi tersebut.

Menjengah keruangan komen pula, rakan artis dan juga netizen memberikan ucapan tahniah dan doa yang baik buat Dato Alif sekeluarga di atas kelahiran anak lelakinya itu.

Netizen juga turut memberikan respon di atas permintaan Dato Alif yang meminta cadangan nama buat anak bongsunya.

Pelbagai cadangan nama yang di berikan oleh netizen terutamanya yang memberikan cadangan nama sempena mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang mulia.

Netizen juga memuji Dato Alif yang secara terbuka berkongsikan wajah dan kegembiraan beliau bersama para pengikut akaun Instagram. Berikut di kongsikan komen- komen yang di tinggalkan netizen buat Dato Alif sekeluarga.

Sementara itu, Datin Shahida pula menceritakan pengalaman pertama beliau yang melalui proses kelahiran yang sangat mencabar kali ini menerusi Instagram story beliau. Namun begitu beliau juga bersyukur segalanya telah selamat dan mengucapkan terima kasih kepada kenalan dan netizen yang bertanya khabar keadaan dirinya.

Sebagai rekod, Dato Alif dan Datin Shahida mendirikan rumahtangga pada Ogos 2007 dan kini memiliki 6 orang anak hasil perkongsian hidup bersama.

Sumber: ig aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!