Pakai Seluar Ketat, Penampilan Terkini Mira Filzah Dapat Teguran Netizen

Pelakon dan pengacara Mira Filzah menerima teguran netizen kerana penampilannya yang dilabel sebagai tidak manis. Menerusi laman sosial Instagram, Mira berkongsi satu foto bersama barisan pelakon untuk mempromosikan drama terbaru yang berjudul Sweet Dreams. Apa yang menarik perhatian netizen selain watak yang dibawakan oleh Mira adalah seluar mengikut bentuk kaki (legging) yang dipakainya.

“So how was it? Best tak first episode? More to come okay!” tulisnya di ruangan kapsyen merujuk kepada episod pertama drama itu yang ditayangkan semalam.

Selain mendapat pujian netizen tentang drama lakonannya, ada juga yang mengkritik penampilan Mira yang memakai legging ketat warna hitam berkilat untuk tatapan umum.

Dikatakan tidak sesuai dengan imej bertudungnya, mereka juga turut berpesan agar Mira berpakaian lebih sopan di masa akan datang.

“Kak Mira, saya tak marah cuma nak tegur sikit. Kalau boleh seluar yang kak Mira pakai tu tolong longgar dan tudung tolong labuhkan. Sorry kalau ada kasar bahasa,” pinta seorang netizen.

“Tak payahlah pakai seluar macam tu please!” tegur seorang netizen tentang penampilan Mira.

“Tak manislah kak tengok akak pakai seluar ketat macam tu,” komen seorang netizen lagi di foto tersebut.

“Biar kita ni bertegas dalam soal pemakaian. Jangan sebab nak kejar populariti kita ikut je apa kata produksi. Moga kita sama-sama berubah ke arah kebaikan,” tegas seorang netizen lagi.

Terbaru, Mira Filzah membawakan watak gadis bisu bergandingan bersama Ben Amir menerusi drama Sweet Dreams.

Drama arahan Michael Ang yang diadaptasi daripada sebuah novel tulisan Acik Lana ini sudah menemui penonton di slot Megadrama bermula semalam.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Sweet Dreams setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Sementara itu, Pelakon Mira Filzah memberitahu dia mempunyai keinginan untuk memegang watak yang memerluukannya untuk melakukan babak aksi.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, berkata dia bagaimanapun perlu memilih tawaran yang sesuai dengan imej bertudung.

“Saya ada juga keinginan untuk memegang watak yang perlu melakukan babak aksi tapi sebab imej saya bertudung bukan semua watak sesuai.

“Contoh kalau pegang watak sebagai fighter wanita, tak sesuai pula sebab saya bertudung. Jadi, saya tetap kena pilih watak mengikut imej.

“Kalau ikutkan hati memang berminat sangat tapi saya terpaksa meletakkan limitation (had) dari segi pemilihan watak,” kata Mira kepada mStar.

Mira buat pertama kali membintangi filem aksi berjudul Sangkar yang akan mula ditayangkan seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura pada 29 Ogos ini.

Selain Mira, filem yang menampikan Mixed Martial Arts (MMA) ini turut menggandingkan dua hero utama iaitu Zul Ariffin dan Remy Ishak.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Pujaan Hati Kanda ini mengakui dia kerap menerima tawaran karakter wanita baik disebabkan sudah menjadi sinonim dengannya.

“Sebenarnya sebelum ini saya pernah juga cuba membawa watak jahat dan seorang yang psiko tapi mungkin orang hanya nampak saya bawa watak yang sama saja.

“Sebab tu mungkin saya kerap terima tawaran yang sama. Tapi saya boleh saja nak keluar dari zone itu, bergantung pada filem aksi itu macam mana,” ujarnya.

Sumber : gempak/mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*