“Pakai otak bukan pakai benda ni” – Aaisyah Dhia Rana

Kanak-kanak yang bernama Aaisyah Dhia Rana atau mesra dengan panggilan Aaisyah sahaja ini memang sudah cukup terkenal sejak dia dilahirkan lagi. Menjadi satu-satunya puteri kepada selebriti dan diva Malaysia ini sudah tentu menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai. Apatah lagi dirinya memang dikenali sebagai kanak-kanak yang cantik dan bijak sejak kecil lagi.

Aaisyah merupakan anak sulung kepada Zain Saidin dan anak ketiga kepada Rozita Che Wan yang sebelumnya pernah mendirikan rumahtangga dan selepas itu barulah mengikat tali perkahwinan bersama Zain Saidin. Hubungan pasangan sejoli ini memang sangat dikenali kerana jurang umur yang tidak memisahkan kasih sayang mereka berdua.

Si kecil ini memang sering mendapat pujian netizen kerana wajahnya yang mewarisi drah kacukan dari ayah iaitu Melayu dan Inggeris.

Bukan sahaja cantik dan comel, Aaisyah juga memang terkenal dengan sikapnya yang ceria dan suka bergaya persis ibunya iaitu Che Ta sendiri yang memang tidak  lari dari dunia fesyen.

Bukan itu sahaja, dia juga sangat petah bercakap seperti ibunya yang menggunakan loghat Bahasa Kedah dan juga petah berbahasa Inggeris.

Melihat dari laman Instagram milik Aaisyah sendiri, dia telah memuatnaik satu video yang dirakam oleh Che Ta sendiri ketika Aaisyah sedang melakukan pembelajaran secara ‘online’.

Dalam video tersebut, terdengar ibunya telah mengingatkan Aaisyah untuk belajar mengira dengan betul dan tidak hanya menulis jawapan sesuka hati.

Jawapan balas yang diberikan oleh Aaisyah kepada ibunya itu memang tidak disangka-sangka dan menghiburkan para netizen yang melihat video tersebut.

Memang ramai diantara mereka yang mngalkan komen pada video tersebut rata-ratanya sangat terhibur dengan telatah lucu dari Aaisyah.

Ada juga diantara mereka yang memuji Che Ta dari segi caranya mendidik anak untuk selalu menghormati orang lain.

Dengan keadaan yang menimpa negara sekarang, memang semua kanak-kanak dan pelajar terpaksa melakukan pembelajaran secara atas talian sahaja.

Ini pastinya tidak mudah bagi kanak-kanak terutamanya untuk kekal fokus dan faham lebih-lebih lagi buat mereka yang seusia Aaisyah.

Apa pun semoga Aaisyah dapat lebih menumpukan perhatian dalam pelajaran agar menjadi lebih bijak dan dapat menjadi pelajar yang cemerlang suatu hari nanti dan membanggakan keluarga tersayang.

Sumber: Instagram Aaisyah Dhia Rana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!