“Pak Aji naik sheikh haha” – Netizen

Memang seronok kalau dapat rakan sekerja yang sekepala ditambah dengan pakej giila-giila. Tentu nak bekerja pun taklah rasa bosan, malah ada bahan penghibur pula antara satu sama lain. Gamaknya itulah yang boleh digambarkan dengan dua sekawan yang juga pelakon yang kini bertugas sebagai deejay di konti radio Azad Jazmin dan Nabil Ahmad ini.

Tak sah kalau tak ‘masuk air’, lihat saj4lah gelagat dua bapak budak ni. Main goyang-goyang dan pusing-pusing kerusi, sebijik macam budak-budak hingusan saja gayanya. Lepas giian ke apa ni?

Agak mencuit hati, apabila tak kurang netizen di ruangan komen yang mengakui bukan saja budak-budak, yang dewasa pun lazimnya memang suka main kerusi fleksibel yang boleh dipusingkan 360 darjah itu.

Ramai pula yang risaukan dengan fizikal gagah mereka yang sebegitu, akan p4tah pula kerusi tu dibuatnya. Boleh ketawa sendiri membaca komen-komen netizen dek perkongsian video aksi mereka ini.

“Dia ok ke tu min?”, ‘Nasib baik tak p4tah kerusinya”, “Pak aji naik syeikh…. Ahahaha”, “Ni cam budak lepas abih ngaji ngan budak rappers dpt kuar rumah sorok2”, “Ni masa kecik lg nakal dua ketul ni”. Itu antara komen netizen.

Kalau dilihat Nabil dengan janggut sejemputnya, berkopiah dan berjubah putihnya itu, bagi orang biasa yang buat begitu, sudah tentulah susah sikit diterima akal. Bukan lazim pak haji buat sedemikian.

Begitupun dah namanya Nabil, pasti peminat dan pengikutnya masih boleh terima. Kita yang melihat inipun nak tergelak dibuatnya. Jujurlah, mesti ramai juga dewasa sebenarnya teringin main pusing-pusing kerusi macam tu kan….

Untuk info, Nabil berpeluang menunaikan fardu haji pada tahun 2015. Pernah berkongsi dengan media, katanya kerjanya seperti biasa tetap akan diteruskan kerana mencari rezeki dengannya.

Haji tak haji kan… kalau dah manusia biasa tu.. kot nak naik sheikh tu, naik juga la… Tapi sudah tentunya perkongsian mereka ini sekadar hiburan dan sudah tentu mereka sebolehnya mahu menjaga batasan.

Apa pun moga yang baik-baik buat Nabil dan Azad di samping terus dapat menghiburkan peminat dan pendengar radio. Kalau tak ada orang seperti mereka ini, suram juga dunia seni di negara ini kan…

Sumber : IG Era.je

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!